Warisan akan siar video sumpah selepas ADUN Sindumin keluar parti

October 9, 2021 · Politik

Parti Warisan Sabah (Warisan) akan menyiarkan kepada umum Surat Akuan Bersumpah dan video sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Yusof Yacob, yang meninggalkan parti itu.

Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal berkata surat dan video sumpah itu dibuat Yusof sebelum Pilihan Raya Negeri Sabah 2019 seperti yang berlaku di kawasan Dewan Undangan Negeri Sebatik pada Februari tahun ini.

“Kita ada semua surat akuan bersumpah dan video tersebut dan kita akan ambil tindakan undang-undang. Beliau tidak wajar menggunakan alasan keputusan ini dibuat demi meneruskan khidmat kepada Rakyat setempat.

“Ini kerana beliau sendiri sebelum ini telah diberi jawatan penting dalam Kabinet negeri iaitu sebagai Menteri Pendidikan dan Inovasi,” katanya pada sidang media di Pejabat Warisan di Kota Kinabalu hari ini.

Sehubungan itu katanya, Warisan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Yusof susulan pengumuman keluar parti yang dibuat pada Jumaat lalu.

Pada masa sama Shafir menolak dakwaan bahawa beliau selaku Presiden merestui tindakan Yusof meninggalkan parti.

Katanya, tiada mana-mana presiden parti yang meredakan tindakan ahli parti yang mahu meninggalkan parti dan perjuangan Warisan.

“Saya tidak maklum niat dia di peringkat awal cuma malam semalam bila saya telefon sebelum saya balik dari Parlimen ke Kota Kinabalu, saya tanya dia (Yusof) oleh kerana saya dimaklumkan ada berita yang dia mahu keluar parti sebelum ini.

“Saya nampak keluar di berita bahawa ada keredaan daripada saya dan saya ingin maklumkan tiada presiden parti meredakan ahli keluar dari parti dan kenyataan (restui) ini tidak betul.

“Dia tiada nyatakan hasratnya kepada saya sebelum ini dan tiada perbincangan cuma bila saya hubunginya semalam dia luahkan bahawa dia akan meninggalkan parti,” katanya.

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Warisan tidak tanding dalam PRN enam negeri: Shafie
May 11, 2023· Politik
Warisan harap dapat kerjasama dengan UMNO-BN dalam PRN Sabah
May 5, 2023· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
UMNO Bangi tak pernah dijemput, tapi boleh pula Noraini ajak wakil DAP
May 17, 2021
‘Kedai online’ dedah barangan mewah dimiliki ahli politik
November 16, 2022
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
13 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok