UMNO-DAP hanya berlakon sokong antara satu sama lain: Faizal Azumu

July 5, 2023 · Politik

Penyokong UMNO dengan DAP sekarang terpaksa berlakon untuk menyokong antara satu sama lain, dakwa Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Timbalan Presiden Bersatu itu berkata semasa bertemu dengan seorang rakan daripada DAP memberitahunya mereka terpaksa berpura-pura berlakon untuk menyokong UMNO walaupun realitinya ia sukar untuk diterima, tetapi perlu mengikut hala tuju pemimpin atasan.

“Baharu ini pun saya ada jumpa rakan daripada DAP yang mereka mengaku sekarang terpaksa berlakon menyokong UMNO, begitu juga dengan UMNO pun berlakon menyokong DAP sedangkan dalam hati tiada keserasian.

“Saya faham perasaan itu semasa saya berada dalam PH yang mana kita mempunyai dasar yang berbeza dalam banyak perkara dan terpaksa membuat keputusan secara bersendiri,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Faizal terdahulu mengadakan Majlis Minum Petang Pengamal Media di Seremban.

Tambahnya, keadaan ketidakserasian itu akan dapat dilihat dari sehari ke sehari yang lama kelamaan akan lebih terserlah.

Beliau yang merupakan Pengerusi Perikatan Nasional(PN) Negeri Sembilan turut bersetuju yang UMNO dan DAP hanya bercakap untuk menyedapkan hati yang kononnya ahli parti mereka sudah mula menerima antara satu sama lain.

“Saya percaya kenyataan sebegitu hanya menyedapkan hati mereka yang bercakap bukannya yg mereka mendengar.

“Yang pastinya ada sejumlah besar penyokong tradisi termasuk ahli UMNO berasa kecewa atau ‘geli-geliman’ untuk bekerjasama dengan parti yang telah mengata nista mereka, yang telah menentang segala dasar diperjuangkan UMNO sejak awal lagi,” katanya lagi.

Sebelum ini, kontroversi tercetus ekoran bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang menggelarkan UMNO-Barisan Nasional (BN) sebagai ‘pakatan korup’.

Ekoran kenyataan tersebut, pemimpin UMNO membidas Pua dan meminta DAP memohon maaf, bagaimanapun tiada sebarang permohonan maaf dibuat sama ada daripada DAP atau pun Pua sendiri.

Malah, UMNO juga semasa Perhimpunan Agung 2023 yang lalu juga meminta DAP untuk meminta maaf terhadap segala kritikan dan kecaman dibuat sebelum ini, namun tuntutan tersebut juga tidak diendahkan oleh DAP.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
9 jam lalu· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
PAS kekal dalam PN, tiada keputusan terima syarat UMNO
October 8, 2022
Bersatu tidak dominasi PN, PAS tempelak dakwaan Ismail Sabri
November 16, 2022
Ku Li namakan dirinya juga calon PM selain Zahid
April 2, 2021
Kekecohan di KLIA libatkan menteri cerminan kerajaan bercelaru: Tuan Ibrahim
July 7, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok