Kekecohan di KLIA libatkan menteri cerminan kerajaan bercelaru: Tuan Ibrahim

July 7, 2023 · Politik

Kerajaan campuran dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini bercelaru apabila menteri kabinetnya tidak memahami skop tugas masing-masing, kata Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan Presiden PAS itu menyifatkan insiden Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dilapor merempuh kaunter Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah bukti kecelaruan kerajaan campuran ketika ini.

“Tindakan menteri terbabit dianggap melampau dan menghalang penjawat awam daripada melaksanakan tugas.

“Lebih parah lagi ia juga dilihat campur tangan tugas Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan negara,” katanya dipetik laporan portal Harakah.

Ujarnya lagi, situasi tersebut tidak akan berlaku sekiranya setiap menteri memikul tugas dengan penuh amanah.

Baru-baru ini, media melaporkan King Sing didakwa melepasi kaunter Jabatan Imigresen untuk ‘menyelamatkan’ seorang pelancong China yang ditahan agensi terbabit Jumaat lalu.

Ekoran itu King Sing dilapor mahu merujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dalang penyebaran video kekecohan tersebut.

Tuan Ibrahim juga berkata, Anwar sepatutnya bertindak tegas terhadap menteri yang didapati membelakangi undang-undang dan prosedur keselamatan di lapangan terbang.

“Apa yang lebih malang tindakan menteri terbabit tiba-tiba membuat tuduhan kononnya berlaku amalan rasuah dalam kalangan pegawai Imigresen.

“Sekiranya mempunyai bukti, beliau sepatutnya tampil membuat aduan kepada SPRM atau polis,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
22 jam lalu· Isu semasa
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Bersatu tak pernah tolak perpaduan ummah tiga parti, kata Muhyiddin
October 9, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023
Shafie kecewa tiada ADUN Warisan dilantik dalam kerajaan negeri Sabah
January 12, 2023
Lagi Politik terkini
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024 · Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024 · Politik
Dua bekas pembantu Najib antara disaman seorang penceramah bebas
December 27, 2023 · Politik
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok