PAS kekal dalam PN, tiada keputusan terima syarat UMNO

October 8, 2022 · Politik

Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bermesyuarat hari ini (8 Oktober 2022) hanya membuat tiga ketetapan penting, sekali gus tidak membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), yang turut dianggotai bersama Bersatu dan beberapa parti lain.

Pada masa sama, jawatankuasa berkenaan juga tidak membuat keputusan untuk menerima kata dua dan syarat yang ditetapkan oleh UMNO untuk membolehkan kerjasama dijalin dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketetapan yang dibuat jawatankuasa itu sekali gus menunjukkan PAS masih kekal di dalam PN.

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan selepas mesyuarat jawatankuasa itu di ibu negara hari ini (8 Oktober 2022) berkata parti itu telah membuat tiga ketetapan penting.

Beliau berkata PAS akan terus melakukan usaha supaya ketiga-tiga parti – PAS, Bersatu, UMNO – bergabung menerusi polisi penyatuan ummah bagi menjamin kestabilan politik negara dan menghadapi PRU-15.

Tiga ketetapan yang dibuat jawatankuasa itu hari ini ialah:

1. PAS tetap akan meneruskan usaha penyatuan ummah melibatkan ‘komitmen’ ketiga-tiga parti teras-Melayu bagi menghadapi PRU-15, seterusnya menjamin kestabilan politik negara pasca-PRU-15;

2. PAS berpandangan perlu ada ‘keanjalan’ dalam rundingan dengan pihak UMNO dan Bersatu, termasuklah berkenaan syarat-syarat yang dikemukakan dan rundingan kerusi yang sedang diusahakan; dan

3. PAS yang menerajui kerajaan Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak akan membangkitkan tentang pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam tempoh terdekat, bagi menumpukan kepada persiapan menghadapi musim tengkujuh yang dijangka pada pertengahan November sehingga Mac 2023, di samping usaha dan langkah pemulihan ekonomi pasca Covid-19.

Bagaimanapun, mesyuarat jawatankuasa itu tidak menyatakan sama ada PAS telah menyediakan pelan kedua jika penyatuan ummah yang diusahakan itu gagal menjadi kenyataan.

Sebelum ini, Bersatu tidak mengenakan sebarang syarat kepada PAS untuk kekal di dalam PN dan bekerjasama, sebaliknya UMNO memberi kata dua dan meletakkan tiga syarat kepada parti Islam itu sekiranya mahu bekerjasama.

2 Oktober lalu, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi kata dua dan meletakkan tiga syarat kepada PAS jika mahu meneruskan kerjasama.

Tiga syarat berkenaan ialah:

  • PAS perlu keluar daripada gabungan Perikatan Nasional (PN);
  • Memutuskan hubungan politik dengan Bersatu; dan
  • Mengisytiharkan secara rasmi ‘mufaraqah’ berkenaan dan bukan hanya sekadar retorik politik.

Namun, syarat yang diletakkan itu dilihat bertentangan dengan matlamat utama PAS untuk menyatupadukan Melayu dan Islam atas dasar perpaduan ummah yang diperjuangkan selama ini.

Mursyidul Am PAS Datuk Hashim Jasin ketika mengulas syarat yang dikenakan UMNO itu sebelum ini berkata kedua-dua – Bersatu dan UMNO – sama penting dan tidak boleh memilih salah satu sebaliknya mahu kerjasama dijalinkan sesama parti tersebut.

“Kalau dia (UMNO) boleh minta dekat kita supaya pilih salah satu, suruh mereka (UMNO) pilih dua-dua (PAS dan Bersatu) sekali kalau tidak, tak bermakna agenda perpaduan ummah ini,” katanya.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Popular
Kenapa pula UMNO tak boleh bersama DAP, kata Zahid pertahan kerjasama
June 7, 2023
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Pemuda UMNO kekal pendirian, tak takut cabaran Dong Zong: Akmal
May 2, 2023
MP UMNO Kalabakan bakal sertai GRS? Pemuda dakwa dipinggirkan
May 6, 2023
Lagi Politik terkini
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok