Timbalan Presiden KDM keluar parti sekali lagi, jadi ADUN Bebas

May 21, 2023 · Politik

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau Datuk Juil Nuatim hari ini mengumumkan keluar daripada Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan menjadi ADUN Bebas.

Juil berkata beliau kini seorang ADUN Bebas yang menyokong kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri dan kerajaan pimpinannya, menurut laporan Bernama.

“Ya saya keluar (parti), kini sebagai ADUN Bebas buat masa ini, untuk sertai parti lain kita tengok dahulu mana parti yang boleh bawa pembangunan dan kemajuan di kawasan DUN Limbahau.

“Tiada juga perselisihan dengan Presiden KDM (Datuk Peter Anthony) cuma di peringkat negeri, kita mahu bawa pembangunan di kawasan kita,” katanya yang juga Timbalan Presiden KDM ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 pada 2020, Juil yang ketika itu mewakili Parti Warisan memenangi kerusi DUN Limbahau dengan majoriti 2,523 undi, sebelum bertindak keluar daripada parti itu pada Disember 2021.

Susulan tindakan Juil, KDM kini hanya mempunyai kerusi DUN Melalap diwakili Peter dan kerusi Parlimen Kota Marudu diwakili Timbalan Presidennya Datuk Wetrom Bahanda.

Riduan Rubin yang merupakan Ahli KDM menang kerusi Parlimen Tenom dengan majoriti 1,108 sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum ke-15 tahun lepas.

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Isham dipecat kerana sudah melampaui batas, kata Khaled
December 9, 2023· Politik
Zahid sahkan pembantu Najib dipecat daripada UMNO
December 9, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Popular
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
‘Kedai online’ dedah barangan mewah dimiliki ahli politik
November 16, 2022
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
6 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok