Zahid sahkan pembantu Najib dipecat daripada UMNO

December 9, 2023 · Politik

Keputusan memecat Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO) Isham Jalil daripada parti itu dibuat oleh MT parti, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat oleh MT parti tanpa perlu melalui Jawatankuasa Disiplin, ia susulan beberapa kritikan keras oleh bekas pembantu Datuk Seri Najib Razak itu yang tidak bersetuju dengan langkah UMNO meneruskan kerajaan dengan DAP yang disifatkannya merugikan parti itu, lapor Bernama.

“Jawatankuasa Disiplin pun akan bawa ke Majlis Tertinggi, Majlis Tertinggi akan memutuskannya. Apa yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi itu adalah muktamad,” katanya ketika ditanya mengenai dakwaan Isham tidak diadili oleh Jawatankuasa Disiplin parti dan keputusan pemecatan itu dibuat oleh presiden parti.

Ditanya sama ada keputusan itu sebagai amaran kepada pihak yang mengkritik UMNO dan presiden parti, Ahmad Zahid berkata tindakan mengkritik presiden tidak menjadi pertimbangan bagi keputusan itu dibuat.

“Tetapi apabila menghina parti sendiri dan mengecilkan UMNO sebagai sebuah parti yang dianggotainya, ertinya tindakan itu dilakukan MT supaya tidak ada usaha ‘tikus membaiki labu’ ini dalam UMNO itu sendiri.

“… Orang itu kalau ada lagi dalam UMNO akan rosak lagi UMNO,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Idris Ahmad bahawa UMNO perlu berterima kasih kepada Bersatu kerana menjadikan UMNO sebahagian daripada kerajaan sebelum ini, Ahmad Zahid berkata Pas sepatutnya berterima kasih kepada UMNO.

“Datuk Seri Idris tak mengetahui apa yang telah dilakukan UMNO, sepatutnya beliau berterima kasih kerana sebelum itu beliau adalah pembangkang juga.

Pembentukan kerajaan ketika itu datangnya daripada sumbangan UMNO kerana ketika itu PAS hanya mempunyai 18 kerusi manakala UMNO dan BN secara keseluruhannya mempunyai 68 kerusi, sepatutnya mereka berterima kasih kepada UMNO,” katanya.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Bung kata ada ‘gunting dalam lipatan’ dalam UMNO
May 11, 2023
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok