Takkan kalah sampai nak sekat peruntukan kepada rakyat, kata MB Terengganu

September 20, 2023 · Politik

Cadangan penyokong kerajaan campuran untuk menyekat peruntukan kewangan kepada negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN) dibidas Menteri Besar Terengganu.

Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar membidas langkah menyekat peruntukan kepada negeri ditadbir PN sebagai tidak wajar hanya kerana rakyat tidak menyokong Pakatan Harapan (PH)-UMNO semasa pilihan raya sebelum ini.

“Mereka nak dera rakyat ke, nak dera parti yang menang dalam pilihan raya,” katanya dipetik portal HarakahDaily.

Ahmad Samsuri terdahulu mengiringi keberangkatan tiba Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ke majlis perasmian Menara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) hari ini.

Menurut beliau, kalah menang dalam pilihan raya adalah suatu perkara yang biasa.

“Takkanlah kekalahan itu menyebabkan kecewa, putus asa, macam tak ada harapan langsung kehidupan ini, tidak boleh begitu.

“Yang penting kita kena pastikan rakyat yang ada dalam negeri atau negara tidak terjejas. Jadi usul yang nak dibawa dalam parti mereka itu tentulah memberi kesan kepada rakyat,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum lepas, PN mengekal kuasa di tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan menawan Perlis.

Bagaimanapun empat negeri terbabit berdepan dengan pelbagai sekatan termasuk royalti petroleum kepada Terengganu dan Kelantan.

Pada Selasa, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Ahli Parlimen PN diingatkan supaya berunding jika mahu mendapatkan peruntukan daripada kerajaan.

Berita berkaitan
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
40 minit lalu· Isu semasa
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
5 jam lalu· Politik
Isham dipecat kerana sudah melampaui batas, kata Khaled
December 9, 2023· Politik
Zahid sahkan pembantu Najib dipecat daripada UMNO
December 9, 2023· Politik
Popular
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
December 11, 2023
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
December 11, 2023
Kampung Melayu lenyap: Apa motif DAP bawa pakar Singapura masuk KPKT?
January 21, 2023
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023
Lagi Politik terkini
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
36 minit lalu · Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
47 minit lalu · Politik
Kuat kecam Zahid, UMNO akhirnya pecat Isham Jalil: Laporan
December 7, 2023 · Politik
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023 · Politik
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok