Tak boleh bahas kes Zahid dalam sidang khas Parlimen, kata cikgu

September 8, 2023 · Politik

Keputusan Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan (DNAA) Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan melibatkan dana Yayasan Akalbudi tidak boleh dibahas dalam sidang khas di Parlimen, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada Isnin, pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa ia menarik balik pertuduhan dan meminta kes itu diketepi tetapi tidak dibebaskan, yang dibenarkan oleh mahkamah.

Perdana Menteri berkata platform Parlimen tidak boleh ditukar untuk berperanan sebagai sebuah mahkamah bagi membincangkan keputusan yang telah dibuat oleh Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah terhadap Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, menurut laporan Bernama.

“Mana boleh kes mahkamah nak runding di Parlimen… Parlimen bukan mahkamah yang boleh dia tanya soalan dan kita cuba jawab sebab Peguam Negara bukan Ahli Parlimen dan bukan menteri,” kata beliau ketika ditemui pemberita selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Seri Petaling hari ini.

Beliau mengulas gesaan Angkatan Muda Keadilan (AMK) menerusi Naib Ketuanya Atyrah Hanim Razali semalam yang mahu sidang tergempar Parlimen diadakan bagi membahaskan keputusan DNAA terhadap Ahmad Zahid.

Menurut Atyrah, Jabatan Peguam Negara (AGC) perlu diberikan tempoh masa untuk mencari bukti baharu bagi mendakwa semula Ahmad Zahid dan pendakwaan semula itu perlu dilakukan serta-merta jika pimpinan Kerajaan Perpaduan tidak mahu kehilangan kredibiliti.

Anwar berkata kerajaan tiada halangan jika mana-mana Ahli Parlimen bertanyakan mengenai kes itu semasa Dewan Rakyat bersidang tetapi sidang Parlimen seharusnya tidak bertukar platformnya sebagai mahkamah.

Sementara itu, mengenai ancaman Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) untuk menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan susulan keputusan DNAA Zahid Hamidi itu, Anwar menyifatkannya sebagai tidak adil kerana kuasa membuat keputusan tersebut bukan ditangannya kerana pendakwaan adalah hak mutlak AGC.

Selasa lepas, Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilaporkan berkata MUDA akan menarik sokongan kepada Kerajaan Perpaduan sekiranya AGC tidak menjelaskan secara terperinci berhubung keputusan mahkamah terhadap kes membabitkan Ahmad Zahid itu.

Berita berkaitan
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
2 jam lalu· Politik
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
5 jam lalu· Isu semasa
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023· Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
Popular
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
5 jam lalu · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023 · Politik
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023 · Politik
Polis ambil keterangan MP DAP tafsir al-Quran pada Selasa
September 25, 2023 · Politik
Seorang pemimpin Melayu DAP kata tak salah Howard Lee petik ayat al-Quran
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
24 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok