SPRM beri tekanan kepada peguam Muhyiddin dan Bersatu, pejabat firma diserbu pagi tadi

October 6, 2023 · Politik

Tekanan terbaharu diberikan kerajaan campuran pula terhadap peguam peribadi, Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Rosli Dahlan dan firma yang mewakili parti Bersatu.

Peguam, Rosli yang mewakili Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mengesahkan seramai 12 orang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu firma guamannya pukul 10.30 pagi tadi.

Ujarnya, pegawai SPRM yang diketuai individu bernama Mohd. Farid Ismail, Mohamad Safwan Arbangi dan Siti Aida Khairudin menuntut hak menggeledah dan merampas dokumen-dokumen di firma tersebut.

“Kami memaklumkan pegawai SPRM, mereka tidak boleh menyalah guna kuasa mereka dan mereka tidak diberi kuasa untuk merampas dokumen terlindung firma guaman di bawah seksyen 46 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seksyen 46 Akta SPRM menjelaskan:

(1) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, seseorang Hakim Mahkamah Tinggi boleh, apabila permohonan dibuat kepadanya berhubungan dengan sesuatu penyiasatan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, memerintahkan seseorang peguam bela dan peguam cara supaya mendedahkan maklumat yang tersedia kepadanya yang berkenaan dengan apa-apa transaksi atau urusan yang berhubungan dengan apa-apa harta yang boleh disita di bawah Akta ini.

(2) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh menghendaki seseorang peguam bela dan peguam cara mematuhi apa-apa perintah di bawah subseksyen itu sehinggakan pematuhan itu akan mendedahkan apa-apa maklumat atau komunikasi terlindung yang sampai kepada pengetahuannya bagi maksud apa-apa prosiding yang belum selesai.

Rosli merupakan rakan kongsi firma guaman RDS iaitu peguam utama Parti Bersatu dan Muhyiddin.

RDS turut bertindak untuk bekas Perdana Menteri itu dan memulakan saman fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas hal-hal berkaitan Felda.

Katanya, sebelum ini, pegawai SPRM juga cuba menyerbu pejabat firma guaman Tetuan Chetan Jethwani & Co.

Chetan Jethwani juga bertindak sebagai peguam cara dan kaunsel untuk pemimpin Bersatu.

Dalam pada itu, kata Rosli, kes saman fitnah terhadap Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang ditetapkan untuk pendengaran pada minggu lalu ditangguh kepada 11 Disember 2024.

“Terdapat syak wasangka bahawa serbuan ini dibuat bagi membolehkan SPRM mendapat akses kepada fail-fail di firma guaman yang berkaitan bagi kes-kes yang dinyatakan di atas dan kemudiannya mungkin dibocorkan kepada pihak bertentangan.

“Ironinya, baru minggu lalu, saya memberi ucapan di dua persidangan undang-undang.

“Salah satu topik mengenai fitnah dan yang kedua mengenai AMLA dan penyalahgunaan kuasa oleh agensi penguatkuasaan, khususnya SPRM dalam menyalah guna kuasa penyiasatan mereka, membocorkan siasatan mereka dan dalam proses itu dan memfitnah orang yang menjadi sasaran,” katanya.

Rosli juga dipetik media berkata dalam perjalanan ke ibu pejabat SPRM untuk memberi keterangan petang ini.

Berita berkaitan
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
18 jam lalu· Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
18 jam lalu· Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023· Politik
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
Popular
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023
Lagi Politik terkini
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
18 jam lalu · Politik
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023 · Politik
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023 · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023 · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok