Sayap-sayap UMNO sedang ‘permainkan’ Ismail Sabri

December 18, 2021 · Politik

Beberapa jam setelah ‘abang-abang’ mereka mengeluarkan kenyataan membawa usul supaya pemilihan UMNO diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), sayap Puteri pula berkata mereka mahukan hal yang sama.

Setiausaha Puteri UMNO Asuma Beevi Mohamed Sali berkata 171 bahagian bertegas mahu pemilihan parti diadakan selepas PRU15 bagi memastikan seluruh jentera dan kepimpinan parti memberi fokus 100 peratus kepada agenda membela rakyat dan menjadi suara rakyat.

Puteri turut memberi alasan ketidakstabilan parti menuju ke PRU15 selepas pemilihan akan memberi impak negatif jangka panjang kepada parti dan rakyat.

Terdahulu, Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Hasmuni Hassan berkata 176 Pemuda UMNO Bahagian mengusulkan PRU15 diadakan sebelum pemilihan parti.

Kenyataan dua sayap UMNO itu yang saling menyusul, ibarat suatu ‘permainan’ untuk menguji keupayaan politik Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang menolak diadakan PRU15 awal sebelum mandat Dewan Rakyat berakhir pada 2023.

Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan dilaporkan berkata PRU-15 wajar diadakan dalam masa terdekat dengan mengambil kira sentimen rakyat ketika ini yang dilihat memihak kepada BN.

Mohamad dilaporkan menyuarakan pandangan itu kepada Ismail Sabri selepas BN memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Namun kemudian, pada 11 Disember lalu Ismail Sabri mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan beliau tidak bersetuju PRU15 diadakan lebih awal – tidak sehingga menjelang penggal Parlimen ke-14 berakhir pada 2023.

Naib Presiden UMNO itu menegaskan beliau tidak akan tergesa-gesa untuk mengadakan PRU15 kerana masih terdapat banyak ‘urusan yang belum selesai’, termasuk mengemudi negara keluar daripada krisis pandemik Covid-19 dan menjamin kestabilan politik.

Ismail Sabri juga berkata, kemenangan BN pada PRN Melaka baru-baru ini tidak boleh dijadikan tanda aras bagi kemenangan BN di seluruh negara dalam PRU15.

Bagaimanapun semalam, kedua-dua sayap parti itu menyanggah kehendak Ismail Sabri.

Walaupun kemudian ada Pemuda bahagian mempertikaikan angka yang disebut dalam kenyataan Hasmuni, hakikatnya terbukti bahawa pengaruh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tetap kukuh, sebagaimana dilaporkan Agenda Daily. Berita berkaitan

Ini bermakna populariti Ismail Sabri di dalam parti hanya setakat sebagai Naib Presiden yang telah diberi peranan mengelak pertembungan calon Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada PRN Melaka baru-baru ini, tetapi masih gagal.

Dari satu sudut, populariti Ismail Sabri dalam kalangan penduduk Malaysia sememangnya meningkat, kerana sikap beliau yang lemah lembut tetapi tegas dengan pendirian, selain lebih menjurus kepada usaha menyatupadukan tiga parti utama di dalam BN dan PN – Bersatu, UMNO dan PAS.

Ketiga-tiga parti ini jika bergabung dalam PRU15 pasti menyebabkan Pakatan Harapan (PH) kalah teruk, tetapi keangkuhan kepimpinan tertinggi UMNO yang ada sekarang, tidak menjanjikan kerjasama itu, kecuali ‘siapa yang ada di atas sekarang ini diturunkan’.

Itulah sebab utama dua sayap UMNO mendesak pemilihan parti diadakan selepas PRU15 – mereka tidak mahu Ismail Sabri bertanding jawatan Presiden, sekali gus penyokong Naib Presiden itu juga turut bertanding kerus-kerusi lain di dalam Majlis Tertinggi (MT).

Rakyat mahukan keamanan dalam menghadapi pandemik Covid-19 yang belum menunjukkan tanda-tanda berakhir. Puluhan juta rakyat Malaysia tidak mahu mendedahkan diri kepada risiko Covid-19, sedang pemimpin UMNO pula gila untuk berebut jawatan demi kepentingan diri.

Penggal Parlimen ke-14 akan tamat pada 2023. Biarpun Perhimpunan Agung UMNO mendesak PRU15 dipercepatkan, hanya dua individu yang berhak memutuskan bila Parlimen ke-14 wajar dibubarkan – Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong.

Oleh itu bolehlah dibuat perkiraan bila tarikh akhir pemilihan UMNO bagi sesi 2021-2024 perlu diadakan setelah ditangguh selama 18 bulan bermula 30 Jun, dan tarikh berakhirnya penggal Parlimen ke-14 pada pertengahan 2023.

Kecuali ada kejutan tertentu sepanjang tahun depan, usul Pemuda dan Puteri itu tidak akan menjadi kenyataan.

Berita berkaitan 

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
UMNO Bangi tak pernah dijemput, tapi boleh pula Noraini ajak wakil DAP
May 17, 2021
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
9 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok