Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman

October 12, 2023 · Politik

Nama Datuk Seri Ahmad Said antara calon yang dicadangkan untuk bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.

Untuk rekod, Ahmad tewas semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu dan juga kalah semasa bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu yang menyaksikan UMNO kalah semua kerusi di Terengganu.

Ketua Urusetia Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai, Datuk Seri Mohamed Rahim Hussin berkata, Ahmad yang juga Ketua UMNO Bahagian Kemaman merupakan antara nama yang mendapat sokongan untuk disenaraikan sebagai calon pada pilihan raya tersebut.

“Ahmad merupakan pemimpin paling layak dipilih sebagai calon kerana kedudukannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Kemaman dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

“Selain itu, beliau juga antara pemimpin parti yang memohon mahkamah membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) Parlimen Kemaman sebelum ini,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Menurut Mohamed Rahim, terdapat sekurang-kurangnya tujuh nama yang dipilih oleh UMNO bahagian itu untuk disenaraikan sebagai calon termasuk Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kemaman, Zulkefli Abu Bakar.

Beliau memberitahu, kesemua nama tersebut akan diserahkan kepada UMNO negeri untuk disenarai pendek sebelum melalui proses pemilihan di peringkat UMNO Pusat.

“Difahamkan Pengerusi Felda (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebelum ini menolak cadangan untuk disenaraikan sebagai calon kerana ingin memberi tumpuan kepada tugas yang digalasnya.

“Selain itu, ada juga maklumat memberitahu seorang ahli akademik yang merupakan anak tempatan bakal diketengahkan sebagai calon dalam PRK Kemaman,” ujarnya.

Pada 26 September lalu Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan calon Perikatan Nasional (PN), Che Alias Hamid di Parlimen Kemaman pada PRU-15.

Pada 3 Oktober lalu, Pas menerusi kenyataan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memutuskan untuk tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan petisyen pilihan raya Parlimen berkenaan.

Pertembungan empat penjuru di Parlimen Kemaman sebelum ini menyaksikan Che Alias menang majoriti 27,179 undi dengan memperoleh keseluruhan 65,714 undi menewaskan Ahmad (BN) yang mendapat 38,535 undi.

Sementara itu, dua calon lain iaitu dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Rosli Ab Ghani mendapat 506 undi dan calon Pakatan Harapan (PH), Hasuni Sudin (8,340 undi).

Dalam perkembangan sama, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi kenyataan pada Rabu memberitahu akan mengadakan mesyuarat khas bagi urusan PRK Kemaman pada 17 Oktober ini.

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, pihaknya telah menerima Laporan Hakim Pilihan Raya susulan keputusan petisyen yang membatalkan keputusan PRU15 bagi Parlimen P040 Kemaman yang berlangsung pada 19 Novrlember tahun lalu.

Beliau berkata, sehingga tamat tempoh 14 hari rayuan, tiada notis rayuan difailkan terhadap keputusan itu.

Berita berkaitan
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
6 jam lalu· Isu semasa
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
7 jam lalu· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
7 jam lalu· Politik
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Besar pengorbanan Muhyiddin hingga jawatan PM dilepaskan: Tajuddin
September 20, 2021
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023
Lagi Politik terkini
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023 · Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023 · Politik
Rafizi perlekeh kajian terbaharu Merdeka Center dakwa ‘rating’ Anwar jatuh
November 26, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
8 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok