Usul Pemuda cerminan penolakan terhadap kepemimpinan Ismail Sabri

December 17, 2021 · Politik

Keputusan 176 bahagian Pemuda UMNO mengusulkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan sebelum pemilihan parti, menjadi tamparan buat Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Usul itu sekali gus menyaksikan penolakan Pemuda UMNO terhadap gesaan Ismail Sabri yang sebelum itu merayu supaya UMNO memberi sokongan kepadanya sehingga habis penggal Parlimen iaitu sehingga 2023.

Hari ini sebanyak 176 daripada 191 Pemuda UMNO Bahagian telah mengusulkan agar pemilihan parti diadakan selepas PRU15.

Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Hasmuni Hassan berkata 176 Pemuda UMNO Bahagian memberi alasan langkah itu bagi memastikan kerukunan serta kestabilan parti terpelihara.

Menurutnya Pemuda UMNO sepakat membawa dua usul untuk diperhalusi hasil daripada Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO minggu lalu, termasuk pemilihan parti diadakan selepas PRU15.

“Hampir keseluruhan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian-Bahagian di seluruh negara telah selesai melaksanakan mesyuarat mengikut bahagian masing-masing bermula 11 Disember 2021 yang lalu. Daripada jumlah keseluruhan yang telah bersidang sebanyak 176 telah menghantar usul untuk diperhalusi dan dimuktamadkan.

“Dua usul yang menjadi ketetapan utama 176 Bahagian-Bahagian Pemuda UMNO ke Ibu Pejabat termasuk untuk menggesa pemilihan parti diadakan selepas PRU-15.

“Tindakan ini juga dapat memberikan ruang kepada kepimpinan parti untuk fokus terhadap agenda membantu rakyat sebelum memulangkan mandat kepada rakyat bagi memilih kerajaan yang baharu,” katanya menerusi satu kenyataan.

Menjadikan kejayaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai saksi, Pemuda UMNO yakin parti itu mempunyai kelebihan dan mendapat sokongan rakyat.

Perhimpunan Agung UMNO 2021 dijadualkan diadakan selama tiga hari bermula 13 Januari tahun hadapan.

Sebelum ini, pemilihan jawatan UMNO bagi penggal 2021 hingga 2024 di semua peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi (MT) ditangguhkan selama 18 bulan bermula 30 Jun lalu selaras Fasal 10.16 Perlembagaan UMNO.

Ini bermakna pemilihan bagi penggal baharu itu perlu diadakan sebelum atau pada November 2022.

Sementara penggal Parlimen Ke-14 akan berakhir pada Mei 2023, dan menurut Artikel 55(4) Perlembagaan Persekutuan, PRU wajib diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran Dewan Rakyat.

11 Disember lalu, Ismail Sabri menegaskan beliau tidak akan tergesa-gesa untuk mengadakan PRU15 kerana masih terdapat banyak ‘urusan yang belum selesai’, termasuk mengemudi negara keluar daripada krisis pandemik Covid-19 dan menjamin kestabilan politik.

Naib Presiden UMNO itu juga berkata, kemenangan BN pada PRN Melaka baru-baru ini tidak boleh dijadikan tanda aras bagi kemenangan BN di seluruh negara dalam PRU15.

Katanya, ini kerana undi popular BN dalam PRN berkenaan hanya meningkat 0.88 peratus dan kira-kira 65 peratus keluar mengundi serta ramai penyokong parti lain tidak keluar mengundi.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Popular
Penjelasan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan
November 21, 2022
Tak dapat jawatan MB, UMNO N. Sembilan harap dapat banyak jawatan Exco
August 16, 2023
PM Malaysia homoseks: Hamzah minta Anwar saman media Itali
December 19, 2022
Kalau kita pecat dia untung kerana dapat jadi MP bebas, kata Razali
November 11, 2023
Lagi Politik terkini
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok