Suka atau tidak, realitinya Zahid masih disayangi akar umbi UMNO

December 17, 2021 · Politik

Akar umbi masih menyayangi Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ia adalah realiti sama ada suka atau tidak yang sukar untuk ditelan rakyat biasa yang tidak berada dalam kalangan ahli parti itu.

Ia sesuatu yang amat aneh walaupun Zahid sudah dihadapkan ke mahkamah terhadap puluhan kes salah guna kuasa dan penyelewengan, ia masih tidak dapat mengubah persepsi untuk mengatakan beliau seorang yang korup mahupun sewenang-wenangnya menggunakan kuasanya untuk menindas individu tertentu.

Malah, seorang Ahli Majlis Tertinggi (MT) yang berada dalam lingkaran rapat dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri mengakui Zahid terlalu berpengaruh dikalangan akar umbi parti jika dibandingkan Perdana Menteri (PM) tersebut.

Walaupun dianggap sebagai pengikut setia kepada Ismail Sabri, namun Ahli MT yang tidak mahu dinamakan itu memberitahu ia sememangnya pahit untuk ditelan tetapi apabila turun sendiri bertemu dengan akar umbi boleh dilihat secara jelas penerimaan yang lebih baik diberikan kepada Zahid.

Akar umbi sedar pertuduhan kes mahkamah dihadapi oleh Zahid, bagaimanapun kebanyakkan mereka yang terdiri daripada Ketua Cawangan mahupun Ketua Bahagian menerima banyak manfaat semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) sebelum ini.

Oleh sebab itu difahami mengapa pemimpin akar umbi UMNO terlalu setia dan taksub dengan Zahid, harapan mereka apabila UMNO menjadi dominan semula seperti yang diwar-warkan mereka juga akan mendapat keuntungan selepas itu.

Itu adalah mentaliti pemimpin peringkat bawah UMNO, bagi mereka Zahid menjaga kebajikan orang bawah ahli parti dengan baik dan Ismail Sabri yang baharu naik menjadi Naib Presiden setakat ini belum terdapat jasanya kepada mereka.

Namun, itu adalah hakikat yang perlu diterima Ismail Sabri dan perlu mempersiapkan dirinya sekiranya mahu melawan Zahid bagi jawatan Presiden parti.

Jika Ismail Sabri mahu meneruskan langkahnya untuk melawan Zahid, langkah pertama adalah menawan hati akar umbi UMNO dan menjaga kebajikan mereka seperti yang dilakukan oleh Zahid sebelum ini.

Zahid semasa menjadi TPM dan juga Menteri Dalam Negeri (KDN), menggunakan platform di kementerian tersebut dengan memberi pelbagai manfaat atau ganjaran kepada akar umbi yang dipercayainya akan terus menyokongnya sama ada susah atau senang.

Jadi, tidak hairanlah jika individu seperti Ketua Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang tidak dikenali sebelum ini boleh naik namanya secara mendadak hasil bantuan yang diberikan Zahid.

Jamal antara salah seorang daripada ratusan pemimpin akar umbi UMNO yang mendapat laba atau keuntungan semasa Zahid memegang jawatan TPM dan Menteri KDN, malah beliau boleh dianggap sebagai budak Zahid yang tulen.

Ketika itu, Jamal boleh melakukan sewenang-wenangnya kerana mendapat ‘back up’ atau perlindungan daripada Zahid yang juga merupakan menteri yang bertanggungjawab menjaga agensi keselamatan negara seperti polis, imigresen dan banyak lagi.

Walaupun Jamal ditangkap polis atas kesalahan provokasi dilakukannya, sedar atau tidak kebanyakkan masa terlepas daripada sebarang hukuman atau pendakwaan di mahkamah sebelum ini.

Malah, Jamal dianggap sebagai budak jahat yang sangat dibenci oleh pembangkang kerana tindakan gangsternya.

Selain itu, semasa prosiding perbicaraan mahkamah sebelum ini, seorang pengarah syarikat juga berkata sekeping cek syarikat berjumlah RM447,773.42 kepada akaun pemegang amanah firma guaman Lewis & Co, digunakan untuk membayar gangster yang mengganggu projek pembinaan sebuah jambatan di Klang Selangor.

Pengarah Cergas Murni Sdn Bhd, Paul Latimer memberi keterangan dalam perbicaraan membabitkan Zahid berkata, cek Maybank bertarikh 29 Mac 2016 itu digunakan untuk membayar wang perlindungan kepada gangster berkenaan.

Keterangan itu dibuat dalam mahkamah terbuka, ia secara tidak langsung menunjukkan sejauh mana Zahid menggunakan kuasanya sebelum ini.

Perkara yang perlu dibimbangi oleh Ismail Sabri sepatutnya adalah kena ingat bahawa Zahid merupakan anak murid kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kelicikan Zahid dalam memanipulasi Anwar sehingga percaya hidup-hidup kononnya UMNO akan menyokongnya sebelum ini untuk menjadi PM adalah salah satu kisah benar yang perlu dijadikan tauladan dan pengajaran.

Jika Anwar yang dikatakan seorang tokoh pembangkang yang hebat boleh jatuh rebah akibat kelicikan Zahid, ini Ismail Sabri yang baharu setahun jagung dalam politik dan bercita-cita tinggi untuk menyailangnya.

Ismail Sabri sepatutnya mengambil pengajaran kisah Anwar yang diperdaya sebelum membuat keputusan berani untuk melawan Zahid, seorang yang terdesak akan sanggup melakukan sesuatu yang tidak logik akal demi kelangsungan politiknya.

Bagaimanapun, terpulanglah kepada Ismail Sabri untuk menyusun strateginya melawan Zahid, tetapi beliau perlu sedar risiko yang diambilnya adalah terlalu tinggi.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Anwar pengkhianat sebenar, punca kerajaan PH tumbang pada 2020
November 13, 2022
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
9 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok