Saya ‘dilanyak’ parti sendiri masa jadi Perdana Menteri: Ismail Sabri

February 10, 2023 · Politik

Adakah kedudukan UMNO dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang ini satu pencapaian yang besar kepada ‘parti keramat Melayu’ itu?

Sedangkan, ketika pentadbiran Perikatan Nasional (PN) sebelum ini, UMNO diberi 14 kerusi menteri Kabinet, Timbalan Perdana Menteri (TPM), dan kemudian jawatan Perdana Menteri.

Sebaliknya, sekarang ini PH hanya memberi satu kerusi TPM dan lima jawatan menteri Kabinet, tetapi UMNO menganggap ianya adalah satu pencapaian besar, sehingga kerajaan sekarang disanjung dan dipertahankan, walaupun melakukan perkara yang tidak munasabah.

Ketika memperbetulkan salah faham dalam wawancara dengan beberapa media baru-baru ini, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini (10 Februari 2023) berkata:

“Hanya satu Timbalan Perdana Menteri campur dengan lima lagi menteri lain. Enam dalam Kabinet (sekarang ini)… dia kata inilah satu pencapaian yang besar kepada kita. Sedangkan saya 14 menteri daripada BN… tak ada siapa kepimpinan UMNO yang kritik kerajaan.

“Dulu saya sama-sama UMNO dikritik begitu teruk… kita dilanyak seperti kita ini pembangkang… UMNO ni seolah-olah pembangkang waktu itu daripada kerajaan yang saya perintah.

“Tetapi hari ini disanjung begitu mulia… perkara yang tak munasabah yang dilakukan oleh kerajaan… mereka yang mempertahankan.

“Saya sangka saya yang dipertahankan kalau kritik itu terlalu keras mungkin mereka boleh jadi perisai kepada saya.. tapi dulu mereka sertai sama untuk serang saya.”

Bekas Perdana Menteri kesembilan itu mengakui kecewa akibat ‘dilanyak’ oleh UMNO sendiri, seolah-olah beliau bukan menteri UMNO.

Beliau menyifatkan UMNO seolah-olah pembangkang ketika beliau menjadi Perdana Menteri apabila turut bersama pihak lain menyerang beliau, bukan mempertahankannya.

“Saya agak kecewa. Tapi saya tak pernah menunjukkan kekecewaan saya. Saya perdana menteri UMNO untuk memperkukuhkan UMNO. Daripada 29 menteri Kabinet 14 adalah menteri BN dan Perdana Menteri.

“Jadi separuh daripada Kabinet itu, walaupun kita hanya ada 42 kerusi di Parlimen.

“Tetapi ditekan oleh UMNO sendiri. Seperti saya bukan menteri UMNO. Setiap apa yang berlaku tekanannya adalah terlalu kuat kepada saya,” katanya.

Ismail Sabri berkata beliau bersetuju dan menerima apa sahaja cadangan yang bernas dan bagus, tetapi bukannya dengan menyerang beliau di dalam akhbar serta media sosial.

“Saya boleh kata kenapa tak gunakan saluran yang betul untuk diberi pandangan daripada parti… mesyuarat MT setiap bulan. Beritahulah saya apa yang patut kita buat. Tak payahlah bantai saya dalam surat khabar. Ini dalam media sosial secara terbuka serang saya,” tegas beliau lagi.

Sebelum ini, Ismail Sabri mendedahkan dirinya ditekan kepimpinan UMNO sendiri seolah-olah beliau bukan Perdana menteri daripada UMNO.

Ismail Sabri dilaporkan berkata, beliau menjelaskan UMNO hari ini tidak mendapat tempat yang baik dalam kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) kerana diberi hanya satu TPM dan lima menteri lain.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
11 jam lalu· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024
Ketua UMNO Bahagian Kluang nafi jumpa Anwar bincang PRN Johor
January 15, 2022
Ku Li namakan dirinya juga calon PM selain Zahid
April 2, 2021
Jika mahu jadi PM paling singkat, bubarlah Parlimen: Mahfuz
June 5, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok