PRN Melaka: Bersih, adil dan bebas rasuah komitmen PN, tegas Hadi

November 14, 2021 · Politik

Perikatan Nasional (PN) sekali lagi menegaskan rakyat Melaka perlu memilih parti itu untuk menubuhkan sebuah kerajaan negeri yang bersih, adil dan bebas rasuah.

Sambil mengingatkan pengundi Melaka supaya tidak tersalah pilih seperti ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata parti itu komited menegakkan sebuah kerajaan bersih untuk berbakti kepada rakyat Melaka.

Berucap dalam pengisian bersama jentera PN kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam malam tadi, beliau berharap rakyat tidak tersalah pilih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.

“Perikatan Nasional tegas dengan prinsip untuk komited untuk memastikan pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka dilaksanakan secara bersih, adil dan bebas rasuah sekiranya terpilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Mudah-mudahan rakyat Negeri Melaka tidak tersalah pilih sebagai mana dalam PRU14. Selamatkan Melaka, Pilih Perikatan Nasional,” kata Presiden PAS itu.

Turut serta calon PN DUN Serkam, Haji Ahmad Bilal Rahudin.

Dalam kenyataannya beliau turut memberi dua rangkap pantun nasihat kepada pengundi Melaka:

Buah salak buah kedondong,
Kumpul semua dalam baldi,
Bukan salah ibu mengandung,
Salah pangkah undi.

Di atas robohan Kota Melaka,
Papan cengal kita tegakkan,
Penipuan PH terhadap Melaka,
Perikatan Nasional kita tegakkan.

Untuk rekod, semua 28 calon kerusi DUN bagi PN menandatangani borang ‘aku janji calon pilihan raya negeri’ bagi melawan rasuah dan menolak sebarang penyelewengan.

Inisiatif tersebut diambil bagi memastikan semua calon tersebut dihalang daripada terlibat dalam sebarang bentuk jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa apabila mereka menang dalam PRN Melaka itu.

Dalam borang tersebut, dinyatakan:

“Saya akan menolak sebarang bentuk jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, serta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam mencegah sebarang bentuk jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

“Saya tidak akan melibatkan diri dalam sebarang bentuk kenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, sama ada langsung atau tidak langsung.

“Saya akan melaporkan kepada SPR. dengan segera sebarang bentuk jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang melibatkan saya atau kakitangan di bawah seliaan saya.”

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Selasa ini sebagai hari pengundian awal yang melibatkan 7,601 kertas undi pos, dengan kategori Borang 1A membabitkan 6,871 petugas pilihan raya, ahli atau pegawai SPR, anggota polis, tentera dan petugas media.

Sebanyak 511 kertas undi pos bagi kategori Borang 1B pula membabitkan warganegara Malaysia yang berada di luar negara dan 113 kategori Borang 1C melibatkan sembilan agensi dalam sektor keselamatan dan kesihatan, dan 106 Pengundi Tidak Hadir luar negara.

Proses pengundian awal yang akan bermula jam 8 pagi hingga 5 petang di balai polis dan kem tentera akan membabitkan empat DUN iaitu DUN Tanjung Bidara; Pengkalan Batu; Duyong; dan Serkam.

SPR juga menetapkan 20 November ini sebagai hari pengundian biasa.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
18 jam lalu· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023· Politik
UMNO tandus calon sehingga terpaksa letak calon luar di Kemaman: Sanusi
November 15, 2023· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
UMNO cuba jadi tukang atur dan besar kepala, kata Hadi
November 2, 2022
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok