Orang kuat Dr M keluar Pejuang, hilang keyakinan terhadap Mukhriz

December 20, 2022 · Politik

Selepas peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini, kini orang kanan atau penyokong tegarnya juga mengambil langkah sama berundur daripada parti Pejuang.

Terbaharu hari ini, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ketua Pejuang Wilayah Persekutuan dan membubarkan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) parti itu.

Katanya perjuangannya bersama parti itu tidak lagi relevan memandangkan Pejuang telah menerima peletakan jawatan pengerusinya Mahathir.

“Perjuangan saya dulu, kini dan selamanya hanyalah berteraskan paksi sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang sentiasa kekal berprinsip dan tidak pernah menipu dalam mana-mana perjuangan untuk menegakkan kebenaran demi bangsa, negara mahupun agama,” katanya dipetik laporan media.

Sementara itu, tanpa menghuraikan lanjut, Khairuddin juga berkata dia telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz, yang juga anak kepada Dr Mahathir.

Pejuang dan rakan gabungan Gerakan Tanah Air (GTA) kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Semua calon mereka kecundang, malah Dr Mahathir dan Mukhriz sendiri hilang wang pertaruhan.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Projek HSR: Saman terhadap empat tokoh politik dibatalkan mahkamah
December 15, 2023· Isu semasa
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Kerajaan sementara Melaka, bekas EXCO berebut sebuah kereta
October 10, 2021
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
19 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok