Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M

December 4, 2023 · Politik

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kekalahan UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman disebabkan kerana mereka bekerjasama dengan DAP.

Bekas Perdana Menteri itu berkata kekalahan dialami UMNO dengan majoriti yang lebih jauh besar diperoleh sebelum ini membuktikan parti itu semakin hilang sokongan pengundi khususnya orang Melayu yang menolak DAP sebagai rakan politik.

“Kemaman menunjukkan sokongan kepada UMNO merosot lagi. Selagi UMNO bersekongkol dengan DAP sokongan kepada UMNO akan terus merosot.

“Semua sedar UMNO bukan lagi berjuang untuk bangsa, negara dan agama. Perjuangan UMNO ialah untuk duit, untuk selamatkan kepimpinan yang bersekongkol dengan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Mahathir turut meramalkan jika UMNO terus bersama DAP parti itu akan lenyap pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.

UMNO katanya, perlu kembali dengan matlamat asal iaitu berkaitan dengan Melayu, Islam dan negara.

Mahathir berkata, keputusan PRK Kemaman jelas memaparkan mesej bahawa pemimpin yang mewarisi UMNO bakal memusnahkan parti itu.

“Dalam PRU-16, UMNO akan hapus sama sekali. Yang boleh selamat UMNO ialah pemisahan dari DAP dan kembali perjuangan untuk bangsa, negara dan agama. Pemimpin yang usang perlu digugurkan.

“Dan masalah Melayu perlu diperjuangkan semula. Khusus berkenaan kemiskinan orang Melayu.

“Saya sedih kerana bapa yang menyelamat UMNO pada satu masa dahulu, anak yang musnahkan UMNO setelah mengambil alih kepimpinan. Suka atau tidak suka inilah kenyataan. Inilah mesej Kemaman,” kata Mahathir.

Calon UMNO,Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor mendapat 27,778 undi dalam PRK Parlimen Kemaman yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Bekas Panglima Angkatan Tentera itu tewas dengan pesaing dari Pas iaitu Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mendapat 64,998 undi.

Majoriti yang diperoleh calon Perikatan Nasional (PN) melebihi 10,041 undi berbanding penyandang sebelum ini, Che Alias Hamid yang memperoleh majoriti sebanyak 27,179 undi.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Anwar pengkhianat sebenar, punca kerajaan PH tumbang pada 2020
November 13, 2022
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
15 jam lalu · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok