Kerajaan sementara Melaka, bekas EXCO berebut sebuah kereta

October 10, 2021 · Politik

Isu kenderaan rasmi turut memanaskan situasi politik Melaka apabila bekas Ahli EXCO negeri enggan memulangkannya selagi bekas Ahli EXCO lain tidak berbuat demikian.

Perebutan kenderaan antara bahagian pentadbiran kerajaan sementara dengan bekas EXCO Pertanian Datuk Norhizam Hassan Baktee tercetus setelah Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

Menjadikan alasan pembubaran DUN menyebabkan tidak ada lagi individu yang menjadi wakil rakyat atau EXCO, Norhizam bertegas akan menyimpan kereta itu selagi semua bekas EXCO lain tidak menyerahkannya.

Menurutnya beliau tidak menggunakan kenderaan rasmi itu kerana sudah memiliki kereta sendiri.

“Saya tidak menggunakan kenderaan rasmi itu, saya simpan kerana saya ada kereta saya sendiri.

“Tetapi saya mahu keadilan kerana apabila Dewan Undangan Negeri dibubarkan pada 4 Oktober lalu, sudah tidak ada kerajaan negeri lagi.

“Siapa yang lantik kerajaan sementara (caretaker)? Saya tidak iktiraf kerajaan sementara itu,” katanya hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Kamel Mohamad mengarahkan beliau dan dua lagi bekas EXCO, Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Noor Effandi Ahmad memulangkan kereta rasmi itu.

Idris dan Noor Effandi telah memulangkan kereta itu kelmarin.

Norhizam yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu meminta Kamel menganjurkan program penyerahan kereta melibatkan semua bekas EXCO.

Berita berkaitan
PRN Sabah mungkin diawalkan, kata Hajiji
November 13, 2023· Politik
Politik wang diamalkan ketika ini oleh kerajaan Anwar, bidas Wan Saiful
November 9, 2023· Politik
Wanita larikan bar emas ditahan polis di Melaka
November 8, 2023· Isu semasa
Tiada tindakan diambil terhadap Fahmi berkempen di masjid: MAIS
August 29, 2023· Politik
Popular
Itu bukan pandangan DAP, kata Anwar ulas kenyataan kontroversi Ramasamy
February 11, 2023
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok