Menteri Pendidikan PH-BN disuruh jaga negara, bukan main isu Taliban

December 24, 2022 · Politik

Menteri Pendidikan kerajaan PH-BN, Fadhlina Sidek teruk dikecam susulan desakannya supaya pentadbiran Taliban di Afghanistan membuka akses pendidikan kepada wanita, dengan rata-rata pengguna media sosial mengatakan pemimpin PKR itu perlu rasional dalam mengulas isu tersebut.

Fadhlina juga turut diberitahu supaya tidak menggunakan hujah tersebut sebagai alasan untuk mengambil peduli dasar luar sesebuah negara sehingga terlupa kepada kelemahan sektor pendidikan di Malaysia.

Ini susulan arahan Kementerian Pendidikan Afghanistan beberapa hari lalu yang menggantung kemasukan pelajar wanita ke universiti awam dan swasta secara serta merta selepas diputuskan oleh kabinet negara tersebut, menurut MalaysiaNow.

Sebagai reaksi, Fadhlina berkata sekatan yang dikenakan terhadap golongan tersebut hanya akan melebarkan jurang daya saing selain menjejaskan status ekonomi dan sosial.

Bagaimanapun, rata-rata pengguna media sosial pula menggesa Fadhlina supaya berpijak di bumi yang nyata.

Mereka berkata, kenyataan Fadhlina berbunyi bercita-cita tinggi kerana masalah berbangkit dalam isu pendidikan negara masih belum menemui penyelesaiannya.

“Tak payah buat sibuk kepada negara lain.

“Perbetul dalam negara kita sudah cukup YB. Nampak semacam tak ada buah fikiran yang bernas,” tulis Ghazali Mukhtar di ruangan komen Facebook sebuah portal berita tempatan.

“Jauhnya sampai Taliban,” tulis pengguna Facebook, Mohd Fauzi Mohd Shariff.

Malah, ada juga yang mempersenda kebolehan Fadhlina sebagai menteri pendidikan.

“Tak payah sibuk hal negara orang. Hal kementerian sendiri pun banyak yang tak selesai.

“Usah berselindung dari kehebatan almarhum ayahanda puan. Tolong buktikan kekuatan sendiri.

“Dipilih jadi menteri pun sebab jawatan kanan parti,” tulis Yuzaidi Yussof.

Fadhlina merupakan anak kepada Siddiq Fadzil yang merupakan bekas pemimpin tertinggi Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Terdapat juga pengguna media sosial yang meminta Fadlina menumpukan terhadap pendidikan golongan wanita di Malaysia.

“Anda sibuk pasal Taliban, anda tahu ke berapa ramai pelajar perempuan di Malaysia tak dapat melanjutkan pelajaran kerana kos yang tinggi dan masih ramai perempuan yang buta huruf?” tulis Danny Iskandar.

Sementara itu, terdapat juga komen-komen pengguna media sosial yang dikesan menggesa menteri itu menyelesaikan jurang perkauman yang semakin meruncing disebabkan dasar pendidikan yang membenarkan sekolah berasaskan kaum.

“Belum masanya untuk cerita pasal negara lain.

“Cerita dulu bab negara kita pasal sekolah vernakular, sekolah tahfiz dan isu budak-budak tak minat pergi sekolah,” kata Nur Muhammad.

“Nak hapus sekolah vernakular pun tak berani.

“Isu iktiraf UEC pun diam. Kelakar,” tulis Fiq Wisdom.

Selain itu, ramai juga yang mempersoal sama ada kenyataan Fadhlina itu akan dibaca oleh para pemimpin kerajaan Taliban di Afghanistan.

“Jauhnya sembang. Taliban baca ke berita ni?” kata Ismail Mohd.

“Wowwww. Dia sudah mendesak guys. Harapnya Taliban dengar dan akur,” tulis Ramzuk Hanif.

Fadhlina dinamakan sebagai menteri kanan pendidikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 2 Disember lalu.

Timbalannya Lim Hui Ying pula merupakan bekas senator Pulau Pinang selain anak kepada pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Projek HSR: Saman terhadap empat tokoh politik dibatalkan mahkamah
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Amirudin mahu dikekalkan sebagai MB Selangor
May 18, 2023
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok