MB Perak nafi spekulasi gerakan jatuhkan kerajaan negeri

May 22, 2023 · Politik

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad menafikan spekulasi terdapat gerakan menumbangkan Kerajaan Perpaduan Perak, malah menegaskan kerajaan negeri kini kuat dan stabil.

Saarani berkata dakwaan Ketua Pembangkang Perak Razman Zakaria bahawa beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan ada berjumpa dengan beliau (Razman), sengaja dibuat untuk mewujudkan persepsi kononnya terdapat pergeseran dan ketidakstabilan dalam kerajaan negeri, menurut laporan Bernama.

Menurut Saarani persepsi negatif yang sengaja diwujudkan itu boleh menggugat kepercayaan para pelabur, sekali gus mengundang risiko kepada pembangunan negeri.

“Kita sedang bertungkus-lumus untuk menarik seramai mungkin pelabur, membawa sebanyak mungkin pelaburan ke dalam negeri ini dan mereka akan melabur dengan jumlah wang yang begitu besar, berbilion-bilion ringgit. Dia (pelabur) perlukan masa yang panjang untuk melabur dan (mendapat) pulangan semula.

“Perlu ditegaskan bahawa kerajaan negeri bukan sahaja kuat dan stabil, malah semakin kukuh dengan didorong semangat kebersamaan, sifat bertanggungjawab dan kesungguhan termasuk untuk menjayakan setiap agenda yang digariskan dalam pelan Perak Sejahtera 2030,” katanya pada sidang media sebelum bermulanya persidangan DUN Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini.

Pada sidang media itu, kesemua ADUN di bawah Kerajaan Perpaduan Perak hadir bersama Saarani, kecuali ADUN Kepayang, Nga Kor Ming kerana kini berada di Jepun dan ADUN Keranji, Koo Haai Yen yang hadir lewat.

Semalam, media melaporkan Razman yang juga Pesuruhjaya PAS Perak mendakwa beberapa Ahli DUN (ADUN) kerajaan ada berjumpa dengan beliau ketika khabar angin wujud gerakan untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan Perak.

Sementara itu, Saarani berkata beliau menasihatkan semua pihak terutama Razman untuk berpolitik secara bertanggungjawab dengan tidak mencetuskan polemik yang tidak mendatangkan manfaat kepada negeri.

Beliau berkata Perak baru sahaja menubuhkan kerajaan selama enam bulan dengan setiap pemimpin sedang memberi fokus menguatkan kerajaan selain membuat persiapan bagi meneruskan pelan Perak Sejahtera 2030.

“Saya juga mengajak semua rakan-rakan parti politik termasuk pembangkang untuk bermuhasabah, menyuburkan politik matang dengan memberi idea atau teguran demi kebaikan rakyat dan kemajuan negeri, bukan mencipta persepsi, yang akhirnya mengundang ketidakstabilan,” katanya.

Ketika ditanya sama ada laporan polis akan dibuat berikutan kenyataan Razman itu boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat, Saarani berkata: “Tak mustahil kita akhirnya akan membuat laporan polis sebab itu merupakan kenyataan berbaur hasutan,”.

Berita berkaitan
Saya biasa telefon orang bawahan untuk urusan kerja: Agus
November 18, 2023· Isu semasa
PH Selangor bincang calon baharu bagi jawatan MB: Laporan
August 16, 2023· Politik
MB Selangor dikecam depan-depan penduduk isu masalah selenggara pangsapuri
August 6, 2023· Politik
MB Perak yakin tiada ADUN berani langgar Akta Lompat Parti
May 6, 2023· Politik
Popular
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023
PH pun ada ‘virus’, syok bercakap saja, kata ahli MT UMNO
January 19, 2023
Lagi Politik terkini
Kuat kecam Zahid, UMNO akhirnya pecat Isham Jalil: Laporan
41 minit lalu · Politik
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023 · Politik
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023 · Politik
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023 · Politik
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
16 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok