PH Selangor bincang calon baharu bagi jawatan MB: Laporan

August 16, 2023 · Politik

Nama baharu Menteri Besar (MB) sedang dipertimbangkan Pakatan Harapan (PH) Selangor dan kedudukan Datuk Seri Amirudin Shari untuk dilantik sekali lagi masih tergantung.

Menurut laporan portal MalaysiaNow, PH Selangor dijangka mencadangkan beberapa nama lain sebagai pengganti Amirudin dan tiada jaminan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua itu dilantik untuk penggal kedua kali ini.

MalaysiaNow mendakwa sekurang-kurangnya dua sumber rapat dengan pemimpin PKR Selangor yang terlibat dengan perbincangan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini mendedahkan Amirudin bakal diganti.

“Ia lebih rumit daripada itu. Suasana selepas pilihan raya tidak sama dengan tempoh kempen,” kata seorang pemimpin PKR yang rapat dengan pemimpin kanan parti.

Difahamkan, majlis angkat sumpah jawatan menteri besar mungkin tidak berlangsung sehingga Jumaat, membolehkan pemimpin PH mendapat lebih masa untuk mencapai kata sepakat mengenai nama yang akan diserahkan kepada istana Selangor.

Ini kerana Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sedang pulih daripada pembedahan prostat di London hanya akan pulang hari ini.

Pada masa lalu, pihak istana meminta lebih daripada satu nama untuk dipertimbangkan sultan.

Namun satu lagi sumber yang rapat dengan kumpulan dalam PKR yang bersekutu dengan Amirudin berkata beliau masih berpegang pada janji Anwar, sambil menambah beliau juga yakin akan menjadi calon tunggal.

Sumber PKR bagaimanapun menolak perkara ini, mengatakan terdapat beberapa nama yang dikemukakan dalam aktiviti “melobi” untuk jawatan menteri besar.

Sumber itu juga menambah dengan PKR menang kurang daripada DAP, ia tidak mempunyai pilihan selain melibatkan rakan gabungan itu dalam perbincangan mengenai jawatan tersebut.

DAP memenangi kesemua 15 kerusi yang ditandinginya di Selangor, manakala PKR memenangi 12, Amanah (lima).

“Dengan DAP sebagai parti dominan bermakna Amirudin mungkin perlu melakukan lebih banyak lagi untuk meyakinkan rakan kongsi mengapa beliau perlu kembali ke jawatan itu,” kata sumber berkenaan.

Menurut sumber, mereka yang tidak berminat melihat Amirudin meneruskan peranannya sebagai MB menyatakan kegagalannya untuk membendung arus sokongan kepada PN, yang menyaksikan jumlah kerusi dimenangi PH berkurangan kepada 32 daripada 51 pada 2018.

Pengkritik Amirudin dalam blok kerjaan juga cuba untuk menggambarkan Amirudin sebagai tidak cekap, sambil menyatakan gagal menangani beberapa isu tempatan, termasuk bantahan penduduk terhadap pembangunan cerun di beberapa kawasan termasuk Bukit Antarabangsa, serta “publisiti negatif yang tidak perlu” kepada kerajaan negeri berhubung kelulusan yang diberikan kepada ahli perniagaan untuk menukar taman awam kepada zoo mini di Taman Selayang Indah, yang sebahagian daripada kawasan DUN Sungai Tua.

Sementara itu, sumber lain memberitahu MalaysiaNow bahawa antara “nama lain” yang dipertimbangkan ialah Fahmi Ngah, penasihat ekonomi negeri yang memenangi kerusi Seri Setia dalam PRN baru-baru ini.

Berita berkaitan
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
15 jam lalu· Politik
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
September 30, 2023· Isu semasa
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
September 25, 2023· Isu semasa
Sokongan orang Melayu kepada kerajaan PH-UMNO berkurangan: Ramasamy
September 22, 2023· Politik
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
October 2, 2023
Kes Muhyiddin digugurkan, pendakwa gagal nyatakan butiran kesalahan dilakukan
August 15, 2023
Lagi Politik terkini
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
3 jam lalu · Politik
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
15 jam lalu · Politik
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
22 jam lalu · Politik
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
October 2, 2023 · Politik
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok