MB Perak yakin tiada ADUN berani langgar Akta Lompat Parti

May 6, 2023 · Politik

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menegaskan kerajaan negeri pimpinannya tidak akan tumbang dalam masa terdekat seperti desas-desus yang tersebar di media sosial

Beliau yakin tiada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu yang bakal melanggar Akta Lompat Parti yang sudah diluluskan sebelum ini.

Malah beliau turut berpendirian kerajaan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) itu akan kekal sehingga akhir penggal.

“Bila khabar angin ini datang dua, tiga minggu lepas, saya tanya semua ADUN PH, mereka kata tak ada seorang pun yang tunjuk tanda-tanda mereka teruja nak tinggalkan DUN masing-masing. BN ada sembilan orang saya tanya juga siapa nak lari, tak ada yang lari.

“Perak saya tak fikir akan berlaku. Tempat lain saya tak pasti. Jadi rakyat Perak jangan susah hati, Insya-ALLAH kerajaan ini kukuh hingga tamat tempoh,” katanya kepada pemberita ketika hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri MK Land dan Pelancaran Jualan Rumah Carnelian 2 di Meru Perdana 2, Chemor di Ipoh hari ini (6 Mei 2023).

Sebelum ini, timbul desas-desus kononnya Kerajaan Negeri Perak akan bertukar pada Julai ini.

Kerajaan negeri pimpinannya itu kini mempunyai sokongan 33 ADUN sementara pembangkang terdiri daripada 26 ADUN.

Katanya, pembangkang memerlukan empat lagi ADUN untuk menyokong mereka bagi membentuk kerajaan

“Empat kerusi ini nak ambil di mana? Kita ada Akta Lompat Parti. Apabila berlaku lompat, empat kerusi akan diisytiharkan kosong oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk diadakan pilihan raya kecil.

“Kalau ada mana-mana empat orang ADUN kerajaan yang terkesima atau teruja dengan mana-mana tawaran, fikirlah semula sebab bila dah lompat parti dan digugur sebagai ADUN, dia tak boleh bertanding semula di tempat itu,” katanya.

Berita berkaitan
MB Perak nafi spekulasi gerakan jatuhkan kerajaan negeri
May 22, 2023· Politik
Peruntukan adil perlu diberikan kepada pembangkang, titah Tengku Hassanal
May 8, 2023· Isu semasa
Kalau takut dengan bayang sendiri, PMX boleh bawa usul undi tak percaya: Razali
May 7, 2023· Politik
PAC masih belum dapat nama wakil MP kerajaan, pembangkang
May 2, 2023· Isu semasa
Popular
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
June 6, 2023
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
June 6, 2023
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
June 6, 2023
Lagi Politik terkini
UMNO-BN ditawar tanding 16 kerusi di N. Sembilan, tapi minta tambah dua lagi
19 minit lalu · Politik
Puad dakwa bekas pemimpin mahu lihat UMNO ranap dan Zahid lemah
30 minit lalu · Politik
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
1 jam lalu · Politik
Jamal kecewa lihat Noh berada atas pentas politik bersama PN
1 jam lalu · Politik
Siapa pengkhianat rakyat sebenar di Pulau Pinang? MP Permatang Pauh balas Guan Eng
1 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok