Mansor nafi akan ikut jejak Zuraida sertai PBM

May 28, 2022 · Politik

Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Mansor Othman menafikan beliau akan mengikut jejak Datuk Zuraida Kamaruddin meletak jawatan dan keluar dari Bersatu.

Ahli Dewan Rakyat yang menang kerusi Parlimen Nibong Tebal atas tiket PKR itu menyertai Bersatu pada 2020 hingga sekarang, sebelum dilantik sebagai timbaan menteri.

Ditemui selepas merasmikan pelancaran Kelab Hijau (Alam Sekitar) di Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai di Bukit Mertajam hari ini, beliau menafikan khabar angin akan berbuat demikian.

Terdahulu, muncul khabar angin mengatakan beliau akan mengikut jejak langkah Ahli Parlimen Ampang untuk keluar daripada Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Khamis lalu, Zuraida mengumumkan keputusannya untuk meletak jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

“Pendirian saya selaku Ahli Parlimen Ampang menyokong kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (government of the day) adalah selari dengan pendirian PBM,” kata Zuraida.

Mengulas lanjut, Mansor berkata beliau akan terus menggalas tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan selagi khidmatnya diperlukan kerajaan.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
18 jam lalu· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Atas permintaan akar umbi dan MPT, Muhyiddin akan tawar diri kekal sepenggal lagi
November 25, 2023· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
UMNO cuba jadi tukang atur dan besar kepala, kata Hadi
November 2, 2022
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok