Atas permintaan akar umbi dan MPT, Muhyiddin akan tawar diri kekal sepenggal lagi

November 25, 2023 · Politik

Jawatan Presiden Bersatu akan dipertahankan bagi satu penggal lagi, umum Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengasas Bersatu itu semalam mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden yang disandangnya, namun ia tidak diterima sebahagian besar akar umbi parti yang bangkit memintanya untuk kekal mengemudi parti tersebut.

Malah, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) juga selepas mengadakan mesyuarat tergempar menolak keputusan dibuat Muhyiddin dan mahu beliau terus mengetuai parti.

Muhyiddin berkata menjelaskan keputusan untuk kekal sepenggal lagi disebabkan atas permintaan akar umbi parti, selain mendapat sokongan dan restu isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

“Dia kata, stay another term (sepenggal lagi), jangan kecewakan mereka, they need you…mereka ikhlas, carry on, saya restu kerana Bersatu masih belum kuat..

“Saya jawab okay, I will stay for the last term. This is for the nation, abah must stay on.

“Saya nak nyatakan hasrat (hasil sokongan) pimpinan di atas juga, saya buat keputusan menawarkan diri bertanding (jawatan presiden),” katanya semasa membuat Penggulungan Presiden Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2023 hari ini.

Dalam sidang media sejurus selepas itu, Muhyiddin berkata, antara perkara yang turut mempengaruhinya bertanding sepenggal lagi adalah kerana semangat penyatuan dalam parti serta keinginan untuk terus membantu rakyat, khususnya orang Melayu.

“Nampaknya ahli kita bersemangat luar biasa, penyatuan dan kekuatan bertambah. Ini memberi gambaran baik kepada orang Melayu bahawa Bersatu komited untuk berjuang bagi menghadapai masalah negara.

“Kegagalan Kerajaan Perpaduan hari ini membuatkan ramai merasa hidup tidak bertambah baik, kerajaan gagal tangani isu-isu besar seperti kos hidup yang tinggi. Itu disuarakan dengan jelas dan lantang.

“Saya sudah buat keputusan untuk tidak bertanding, itu memang tegas kerana saya rasa sudah sampai masanya diberi peluang kepada kepimpinan yang ada.

“Tetapi suara yang datang dari dalam dan luar sangat kuat sampai saya rasa saya kena fikir semasak-masaknya.

“Macam saya katakan tadi, bukan kuasa pimpinan parti atau majlis tertinggi tetapi sokongan dan restu isteri yang membuatkan saya berfikir semula dan akhirnya membuat keputusan (bertanding) untuk penggal akhir,” katanya.

Terdahulu pada Jumaat, Muhyiddin mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Bersatu pada pemilihan parti itu yang dijadual berlangsung tahun depan.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Ramai bekerja di Selangor datang dari Kelantan dan Terengganu: Shabery
June 19, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
10 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok