Malaysia menuju negara polis, laporan berita pun disekat: Wan Saiful

August 22, 2023 · Politik

Sekatan demi sekatan tanpa henti kerajaan campuran dibidas Datuk Wan Saiful Wan Jan yang menyifatkan pemerintahan ‘Mahazalim’ semakin menjelma.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu tidak menolak negara sedang menuju menjadi negara polis yang dipimpin oleh seorang pemerintah yang berdendam dan tanda-tanda awalnya sudah kelihatan sekarang.

“Malaysia menuju negara polis (police state) yang dipimpin oleh seorang diktator pendendam. Tanda awalnya boleh dilihat dengan meningkatnya sekatan ke atas kebebasan bersuara dalam negara.

“Sekatan yang dikenakan adalah secara terpilih. Mereka yang mengkritik, mendedahkan kepincangan, atau menegur sang diktator akan disekat. Tetapi fitnah dan pemfitnah yang membantu sang diktator membalas dendam dibiarkan berleluasa,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu membangkitkan tekanan dan tindakan yang diambil terhadap aktivis politik hanya kerana tidak cenderung menyokong kerajaan campuran.

“Saya sudah “lost count” berapa orang aktivis media sosial yang dizalimi. Platform media online juga disekat tanpa sebarang “due process” yang telus.

“Terkini, TV Pertiwi telah disekat. Habis seluruh website tidak boleh diakses termasuklah semua berita yang tepat pun tak dapat dicapai lagi. Apa yang salah tidak dijelaskan, tapi berita benar pun kena sekat,” ujarnya lagi.

Malah, Wan Saiful mendakwa kerajaan campuran bertindak berat sebelah apabila tiada tindakan diambil terhadap penyokong mereka walaupun sudah terdapat laporan polis, malahan tindakan saman sivil juga sudah dikemukakan sebelum ini.

“Sikap ini berbeza dengan fitnah yang dibuat oleh seorang macai parti kerajaan. Saya buat laporan terhadap Shukri Samsudin pada 12 Julai 2023. Laporan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia), laporan polis dan saman mahkamah semua dah dibuat. Sehingga hari ini akaun macai parti kerajaan ini masih boleh diakses dan tiada sebarang tindakan terhadap dia.

(https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=789903953136604&id=100063510198957&mibextid=Nif5oz)

“Kerajaan ini amalkan double standard tanpa malu. Sikap mahazalim yang sebenar semakin terserlah,” ujarnya lagi.

Berita berkaitan
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
5 jam lalu· Politik
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
5 jam lalu· Isu semasa
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023· Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
Popular
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
2 jam lalu · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023 · Politik
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023 · Politik
Polis ambil keterangan MP DAP tafsir al-Quran pada Selasa
September 25, 2023 · Politik
Seorang pemimpin Melayu DAP kata tak salah Howard Lee petik ayat al-Quran
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
23 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok