Ku Li dakwa tindakan Zuraida boleh jatuhkan kerajaan Ismail Sabri

May 27, 2022 · Politik

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri sekarang ini menjadi semakin tidak stabil susulan tindakan Datuk Zuraida Kamaruddin meletak jawatan dari Kabinet.

Bekas Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li itu berkata tindakan Zuraida secara tidak langsung membuatkan kerajaan sudah jatuh kerana tidak mendapat sokongan daripada wakil rakyat dalam Dewan Rakyat.

Beliau berpendapat jika Zuraida dan tiga lagi Ahli Parlimen menarik sokongan, maka kerajaan sedia ada menjadi semakin tidak stabil, malah mungkin jatuh kerana tidak mendapat sokongan dalam Dewan Rakyat.

“Mengikut Perlembagaan, (Perdana Menteri) kena diundi dalam Dewan Rakyat, tetapi dari segi moralnya, mana-mana kerajaan mesti mendapatkan sokongan dan merasakan mendapat keyakinan ahli-ahli dewan. Tetapi kalau sudah ramai keluar, ahli Kabinet sendiri berhenti, kerajaan yang ada lemah.

“Kalau dicabar untuk mengundi, saya rasa satu jalan keluar sahaja, Perdana Menteri mesti menghadap Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah),” katanya mengikut laporan BH selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra (SMKTIP) 2, di Gua Musang.

Zuraida semalam mengumumkan meletak jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta keluar Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Ahli Parlimen Ampang itu juga mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Bagaimanapun, Zuraida berkata beliau kekal menyokong kepemimpinan Ismail Sabri sebagai perdana menteri.

Mengenai rang undang-undang (RUU) antilompat parti yang dijangka dibentangkan di Parlimen, Julai ini, Tengku Razaleigh berkata RUU berkenaan tidak akan berjaya.

“Akta yang dibuat di Parlimen untuk mencegah lompat parti tak akan berhasil kerana dalam Perlembagaan, hak seseorang memilih pandangan dan parti yang dikehendakinya tidak boleh diusik.

“Jika tiba-tiba parti kita terbubar, ke mana kita nak pergi apabila ada akta tidak boleh lompat parti, tidak ada logik dari segi perundangan.

“Dia (kerajaan) tak boleh buat halangan dan sekatan macam itu, kalau tiba-tiba berlaku ’emergency’, tetap akan berlaku lompat parti untuk tubuh kerajaan baharu atau (nak keadaan) huru-hara,” katanya.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Projek HSR: Saman terhadap empat tokoh politik dibatalkan mahkamah
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Anwar pengkhianat sebenar, punca kerajaan PH tumbang pada 2020
November 13, 2022
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
11 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok