Kerajaan guna isu 3R untuk elak dikritik dan bermotif politik: Dr Mahathir

September 27, 2023 · Politik

Halangan supaya tidak isu mengenai agama, kaum dan raja (3R) hanyalah bermotifkan politik, dakwa Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri dua kali itu berkata kerajaan campuran hanya mahu menutup kelemahan dalam mentadbir negara dengan menggunakan alasan 3R, ia selepas harga barang semakin naik dan terdapat rungutan bekalan bahan makanan asas juga terputus di sesetengah kawasan.

Menurut Mahathir, larangan tersebut bagi menghalang pemimpin parti lawan daripada mengkritik kerajaan melibatkan isu 3R yang boleh menyebabkan sokongan terhadap kerajaan berkurangan.

“Kalau pihak kerajaan bercakap berkenaan benda yang 3R tidak mengapa. Kalau ahli daripada parti lawan bercakap sikit sentuh pun akan dipanggil oleh polis. Ini politik.

“3R ini dibentuk bukan untuk menjaga keselamatan negara tetapi diguna untuk menghalang ahli parti lawan daripada mengkritik kerajaan berkenaan dengan masalah 3R tadi.

“Kita tahu ada usaha untuk menjelaskan bahawa orang Melayu menghadapi 12 masalah, jadi pihak kerajaan takut kalau orang Melayu bercakap berkenaan perkara ini sokongan terhadap kerajaan akan berkurangan sebab itu dihentikan segala sentuhan kepada soal kaum, agama dan raja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam siri ketiga Minggu Negarawan membincangkan isu Perlembagaan yang berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

Mahathir mendakwa, tindakan kerajaan mengadakan peraturan secara ‘suka hati’ menyebabkan negara seolah-olah tidak mempunyai Perlembagaan kerana tidak menghormati undang-undang sedia ada.

Sementara itu Peguam Kanan Mohamed Haniff Khatri Abdulla mendakwa 3R ‘menjadi undang-undang’ selepas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail membuat ucapan ketika pelantikan Ketua Polis Negara dan Timbalan yang baharu pada 22 Jun lalu.

“Pada hari itu Menteri Dalam Negeri dalam ucapan membuat satu kenyataan yang salah itulah permulaannya. Di mana dia menyatakan mulai dari sekarang antara tanggungjawab polis adalah untuk mengalas isu-isu berkaitan 3R.

“Nombor satu dia tidak jelaskan apa 3R yang dia faham, yang kedua pihak eksekutif, menteri atau perdana menteri tidak boleh mencampuri urusan polis, pihak berkuasa. Itu tanggungjawab pihak polis,” katanya.

Menurut Mohamed Haniff, negara telah mempunyai undang-undang yang jelas berkaitan 3R di bawah Akta Hasutan.

Katanya, membangkitkan perkara 3R bagi tujuan menghasut adalah salah namun untuk membetulkan fakta dan menjadikan ia satu pembelaan dibenarkan dalam akta tersebut.-MalaysiaGazette

Berita berkaitan
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
6 jam lalu· Isu semasa
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
7 jam lalu· Politik
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Besar pengorbanan Muhyiddin hingga jawatan PM dilepaskan: Tajuddin
September 20, 2021
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023
Lagi Politik terkini
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
7 jam lalu · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023 · Politik
Rafizi perlekeh kajian terbaharu Merdeka Center dakwa ‘rating’ Anwar jatuh
November 26, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
8 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok