‘Jika masa sukar PN mampu tadbir negara, sekarang lebih mudah’

November 10, 2022 · Politik

Ketika peringkat awal Covid-19 melanda negara, Kerajaan Perikatan Nasional mampu mengurus negara dan menjaga rakyat dengan baik, apa lagi lah sekarang ini di mana masalah wabak penyakit itu sudah hampir selesai, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ini katanya, menunjukkan bahawa Perikatan Nasional mampu mengurus negara walaupun berdepan cabaran terbesar yang tidak pernah dialami pemimpin sebelum ini, termasuk di negara-negara lain.

“Kalau waktu sukar dan menghadapi krisis kita (Perikatan Nasional) boleh mengurus dengan baik, apa lagilah dalam keadaan sudah bertambah baik seperti sekarang.”

“Tapi keadaan yang baik sekarang bukan daripada usaha dilakukan semalam, sebaliknya sejak awal Kerajaan Perikatan Nasional memerintah pada 2020 lalu,” katanya berucap pada majlis sembang santai bersama Warga Felda Lepar Hilir 3, Paya Besar, Pahang petang ini (10 November 2022).

Menurut Pengerusi Perikatan Nasional itu, pelbagai bantuan diberikan kepada rakyat oleh Kerajaan Perikatan Nasional ketika itu setelah tindakan menyekat pergerakan dilakukan bagi menghalang wabak penyakit itu terus merebak.

“Saya mengimbau balik perkara ini supaya kita jangan mudah lupa. Tun Dr Mahathir (Mohamad) pernah kata Melayu mudah lupa. Tapi peristiwa yang saya sebutkan itu bukan bertahun lalu… hanya baru dua tahun yang lepas sahaja.

“Untuk membuktikan betapa keprihatinan kerajaan Perikatan Nasional untuk menguruskan hal ehwal rakyat ketika zaman yang paling sukar,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan bahawa di dalam PRU-15 ini, pengundi di seluruh negara perlu membuat pilihan dalam kalangan tiga parti utama yang boleh membentuk kerajaan yang baik.

“Salah satu daripada tiga kumpulan utama ialah Perikatan Nasional diikuti Barisan Nasional dan ketiga ialah Pakatan Harapan,” katanya yang sebelum ini menasihatkan pengundi menilai kejayaan Perikatan Nasional menangani krisis terburuk yang merebak ke seluruh dunia.

Muhyiddin turut mengimbas kempennya di Perlis beberapa hari lalu di mana sokongan terhadap Perikatan Nasional di negeri itu sangat hebat, apa lagi dengan kehadiran veteran UMNO Datuk Seri Shahidan Kassim yang menjadi calon Perkiatan Nasional setelah diketepikan BN.

“Saya rasa Perlis akan jatuh ke tangan Perikatan Nasional kali ini,” katanya sambil berharap gelombang sokongan kepada Perikatan Nasional akan turut melanda Pahang hingga ke Selatan tanah air.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Popular
Buat hantaran jelik, sebutan rayuan kes Jamal ditetapkan pada 17 Ogos
May 18, 2023
Bersatu tidak dominasi PN, PAS tempelak dakwaan Ismail Sabri
November 16, 2022
Sulaiman nafi akan letak jawatan KM Melaka, Rauf hanya memangku
December 26, 2022
Negeri diperintah PAS berdepan sekatan, birokrasi Putrajaya : Hadi
May 23, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok