Negeri diperintah PAS berdepan sekatan, birokrasi Putrajaya : Hadi

May 23, 2023 · Politik

PAS mendakwa negeri-negeri diperintahnya terpaksa berdepan sekatan dan birokrasi oleh kerajaan Pusat berkait urusan kewangan.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata kerajaan tidak menghormati Perlembagaan, perjanjian dan prinsip demokrasi apabila hak negeri-negeri itu dinafikan.

“Keseluruhan pengamat politik lawan PAS termasuk para ilmuwan mereka yang memindahkan otak dari kepala dibawa ke dalam perut mereka, meremehkan perjuangan PAS dalam menegakkan Islam seolah-olahnya tanpa peduli akan masalah keperluan kehidupan rakyat di negeri yang diperintah oleh PAS seperti air, barangan keperluan, rumah kediaman dan lain-lain. Satu anggapan yang tidak matang berpolitik secara tabii.

“Tanpa mengambil kira bahawa kerajaan PAS juga gigih berusaha secara politik menurut tabii manusia yang wajib mengurus keperluan kehidupan rakyat. Tetapi PAS menghadapi banyak sekatan oleh kerajaan Pusat bermula dengan Kelantan sejak zaman perdana menteri sekarang menjadi menteri kewangan sehingga kini. Urusan kewangan yang wajib mengikut Perlembagaan, perjanjian, dan prinsip demokrasi tidak dihormati,” katanya dalam catatan Minda Presiden, hari ini.

Menurutnya lagi royalti untuk negeri pengeluar minyak diperintah parti itu turut dilengahkan dengan pelbagai dalih.

“Royalti petroleum tidak dinafikan kepada Sarawak dan Sabah tetapi dinafikan kepada negeri yang diperintah oleh PAS. Adakah kerana prinsip Islam yang dipegang oleh PAS?

“Kini, penafian hak ini diikuti pula oleh negeri Terengganu, Kedah dan Perlis yang dilengah-lengahkan dengan berbagai-bagai dalih bukannya dalil,” katanya.

Tambahnya lagi, kini Terengganu dan Kedah berdepan banyak sekatan sejak diambil alih oleh PAS.

“PAS dapat membuktikan prinsip integriti dan tadbir urus yang beramanah walaupun dengan sumber kewangan yang terhad. Sila lihat UMNO-BN yang kini bersama DAP pernah memerintah Kelantan pada tahun 1978–1990 dahulu, pada masa mereka bersama kerajaan Pusat. UMNO-BN juga lebih lama di Terengganu dan Kedah pada masa semuanya memiliki kemudahan kewangan.

“Mengapa masalah itu tidak diselesaikan dan terus berkekalan? Apabila PAS mengambil alih pentadbiran, PAS diperlakukan dengan begitu banyak sekatan atau birokrasi dilengah-lengahkan.

“Mereka tidak pula melakukan sedemikian kepada Singapura ketika berada dalam Malaysia dahulu dan terkini kepada Pulau Pinang,” katanya.

Abdul Hadi juga mengingatkan agar tidak takut dengan kebangkitan ‘gelombang hijau’ yang bersifat menyelamat bukan berpunca daripada sifat khianat dan dendam.

“Janganlah berfahaman salah dan bodoh seolah-olah apabila Islam mentadbir, maka hilanglah segala jalan raya, elektrik, air, dan perumahan kerana menganggap Islam itu semata-mata menyentuh hal akhirat saja,” katanya.

Berita berkaitan
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
26 minit lalu· Politik
P.Pinang-Kedah: Keterlaluan label pandangan Sanusi sebagai jenayah
16 jam lalu· Isu semasa
Akta pendanaan politik: Anwar lupa agenda reformasi
19 jam lalu· Isu semasa
Sanusi disiasat polis ikut Kanun Keseksaan dan Hasutan, kata Anwar
20 jam lalu· Politik
Popular
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
June 6, 2023
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
June 6, 2023
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
June 6, 2023
Lagi Politik terkini
Jamal kecewa lihat Noh berada atas pentas politik bersama PN
35 minit lalu · Politik
Siapa pengkhianat rakyat sebenar di Pulau Pinang? MP Permatang Pauh balas Guan Eng
48 minit lalu · Politik
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
11 jam lalu · Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
11 jam lalu · Politik
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok