Jangan panik tinggalkan kerajaan campuran Anwar: Puad

August 13, 2023 · Politik

UMNO tidak boleh meninggalkan kerajaan campuran yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun mengalami kekalahan teruk selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam, kata Datuk Puad Zarkashi.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu berkata ahli-ahli jangan panik dengan kekalahan teruk di enam negeri itu, ia walaupun parti itu sudah ditolak secara total orang Melayu sebelum ini dan kini sekali lagi ditolak pada PRN yang berakhir malam tadi.

“Bukan mudah untuk UMNO mencari formula baru.

“Tetapi UMNO jangan panik seperti mahu tinggalkan kerajaan perpaduan. Fokus agenda ekonomi rakyat dan ekonomi negara,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Puad juga mencadangkan pemimpin veteran parti yang ditolak oleh rakyat supaya mengundurkan diri.

PRN enam negeri semalam menyaksikan UMNO hanya menang 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Di Terengganu dan Kedah, UMNO mencatatkan prestasi terburuk dengan gagal menawan atau mengekalkan sebarang kerusi.

Pencapaian terbaik UMNO adalah di Negeri Sembilan dengan parti itu memenangi 14 kerusi, dan masing-masing dua kerusi di Pulau Pinang dan Selangor, sementara di Kelantan, parti itu mengekalkan kemenangan di satu kerusi di DUN Galas.

Berita berkaitan
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
1 jam lalu· Isu semasa
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
4 jam lalu· Politik
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
5 jam lalu· Isu semasa
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
24 jam lalu· Politik
Popular
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
1 jam lalu · Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
24 jam lalu · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
24 jam lalu · Politik
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023 · Politik
Polis ambil keterangan MP DAP tafsir al-Quran pada Selasa
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
23 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok