Hadi kekal MP Marang, mahkamah tolak rayuan petisyen UMNO-BN

November 15, 2023 · Politik

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang kekal sebagai Ahli Parlimen Marang selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan calon Barisan Nasional (BN) Jasmira Othman untuk membatalkan kemenangan Abdul Hadi di kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)

Panel tiga hakim terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim serta Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Rhodzariah Bujang sebulat suara memutuskan Jasmira gagal membuktikan petisyennya melampaui keraguan munasabah, lapor Bernama.

Abang Iskandar berkata mahkamah telah menimbangkan isu ejen yang dibangkitkan dalam rayuan dan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini dalam kes Wan Sagar Wan Embong lawan Harun Taib bahawa pelantikan ejen mesti dibuktikan oleh pempetisyen.

“Mahkamah juga tidak bersetuju dengan perayu (Jasmira) dalam isu-isu lain yang dibangkitkan, “ katanya semasa menolak rayuan itu tanpa kos.

Jasmira merayu terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya di Terengganu pada 27 Jun lepas menolak petisyen pilihan raya yang difailkan oleh calon BN itu untuk mencabar kemenangan Abdul Hadi.

Petisyen pilihan raya itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 3 Jan lepas, antara lain atas dakwaan PAS menyogok pengundi dengan mengagihkan wang bantuan yang diberikan kerajaan negeri pada 15 hingga 17 Nov 2022, beberapa hari sebelum PRU15 melalui program i-pencen, i-Belia dan i-Siswa.

Pada PRU1-5 lepas, Abdul Hadi memenangi kerusi Parlimen Marang dengan majoriti 41,729 undi menewaskan Jasmira, calon Pakatan Harapan (PH) Azhar Ab Shukur dan calon Parti Pejuang Tanah Air Dr Zarawi Sulong.

Dalam prosiding hari ini, peguam Jasmira Datuk Mohd Hafarizam Harun berhujah bahawa Hakim Mahkamah Pilihan Raya Hassan Abdul Ghani terkilaf dari segi undang-undang apabila memutuskan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu bukan ejen Abdul Hadi dan penerima bantuan kewangan itu perlu memberikan keterangan bahawa dia dipujuk untuk mengundi.

Beliau juga mempersoalkan waktu pengagihan bantuan kewangan menerusi i-Belia dan i-Siswa yang menurutnya diberikan beberapa hari sebelum hari mengundi.

Mohd Hafarizam berkata anak guamnya tidak mempertikaikan bahawa bantuan kewangan itu diluluskan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu tetapi waktu bantuan kewangan berkenaan disampaikan.

Peguam Abdul Hadi Yusfarizal Yusoff berhujah bahawa program itu dirancang lebih awal dan diumumkan sebelum Parlimen dibubarkan.

Beliau juga berkata ia bukan satu perancangan untuk merasuah, malah Jasmira gagal membuktikan Abdul Hadi telah melantik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebagai ejen untuk menyogok pengundi.

Berita berkaitan
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023· Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023· Isu semasa
Hukuman penjara sepanjang hayat pembunuh Along Spoon dipinda ke 33 tahun
November 17, 2023· Isu semasa
Mangsa buli sekolah sehingga hilang pendengaran peroleh ganti rugi RM600,000 lebih
October 17, 2023· Isu semasa
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Lagi Politik terkini
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
6 jam lalu · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023 · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
2 jam lalu
[VIDEO] Belanjawan 2024 paling pantas diluluskan DUN Kedah, kata Sanusi
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok