Gangguan terhadap peserta himpunan aman langgar Perlembagaan: HAKAM

September 19, 2023 · Politik

Tindakan kerajaan campuran menekan dan menggunakan pihak berkuasa untuk menyekat penganjur dan individu yang mengambil bahagian dalam perhimpunan awam adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (HAKAM) membidas tindakan kerajaan campuran yang tidak menghormati Akta Perhimpunan Aman, sebaliknya ia digunakan untuk mengekang suara rakyat.

Presidennya, M Ramachelvam menyifatkan tindakan pihak berkuasa yang memanggil penganjur dan peserta himpunan sebagai cubaan untuk menutup suara rakyat yang berbeza pandangan dengan kerajaan.

“Gangguan terhadap kumpulan pembantah yang aman melalui proses sistematik dan mengikut tatacara adalah satu pelanggaran secara langsung terhadap Perlembagaan persekutuan.

“Merakam kenyataan penganjur dan individu yang memberi ucapan semasa perhimpunan adalah bentuk cara untuk menutup suara-suara yang berbeza pendapat dengan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ramachelvam mengingatkan kerajaan bahawa hak kebebasan berhimpun dijamin di bawah Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa semua warganegara mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata.

HAKAM juga menyeru kerajaan untuk menghormati Perlembagaan persekutuan dan memastikan penyertaan awam yang selamat dan sihat dalam masyarakat demokratik.

Kenyataan Hakam ini berikutan siasatan polis terhadap penganjur perhimpunan “Selamatkan Malaysia” yang diadakan pada Sabtu lepas. Kira-kira 20 orang dipanggil untuk direkodkan kenyataan mereka.

Ratusan peserta berarak dari Masjid Jamek Kampung Baru ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi pada hari tersebut.

Jawatankuasa penganjur kemudiannya membuat laporan terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi, yang dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dalam kes rasuah Yayasan Akalbudi.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penganjur tidak “menghormati semangat toleransi” apabila mereka memilih untuk mengadakan perhimpunan pada 16 September, iaitu Hari Malaysia.

Mereka yang menghadiri perhimpunan termasuk Badrul Hisham Shaharin, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, Ketua Penerangan Bersatu Datuk Razali Idris, Ketua Penerangan Pejuang Rafique Rashid Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan Dr Afif Bahardin, dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Nazir Helmi.

Berita berkaitan
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
6 jam lalu· Politik
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
7 jam lalu· Isu semasa
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
22 jam lalu· Isu semasa
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023· Politik
Popular
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
3 jam lalu · Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023 · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023 · Politik
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023 · Politik
Polis ambil keterangan MP DAP tafsir al-Quran pada Selasa
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
46 minit lalu
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok