Cukai RM1.69b: Najib boleh hilang kerusi Parlimen Pekan, harta disita

June 15, 2021 · Politik

Datuk Seri Najib Razak yang berdepan tuntutan cukai pendapatan tertunggak sebanyak RM1.69 bilion boleh hilang kerusi Parlimen Pekan dan hartanya disita jika gagal menyelesaikan kes tersebut dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Bekas pensyarah dan pakar Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Abdul Aziz Bari berkata jika kes melibatkan bekas Perdana Menteri tersebut dimuktamadkan kemungkinan besar secara automatik kerusi Parlimen Pekan yang disandangnya turut akan terlucut juga.

“Maknanya kalau keputusan itu sudah muktamad sudah habis merayu maknanya memanglah hilang kerusi itu sebab dia sudah bankrap.

“Tinggal lagi tak tahu macam mana lagi boleh rayu ke atau macam mana, sekarang ini masih di Mahkamah Tinggi, memang habis disitu kena pastikan kalau peguam kata memang tiada rayuan secara terus akan hilang, kena tanya dengan peguam dia, baru boleh lihat perkembangan lanjut,” katanya kepada Agenda Daily.

Mengulas lanjut, Aziz berkata individu yang berdepan saman LHDN juga akan berdepan implikasi sama dengan yang dihadapi Najib cumanya kes kali ini ia melibatkan personaliti politik yang terkenal.

“Dari segi moral pula siapa pun boleh jadi, dalam keadaan itu memang tak kira siapa jatuh bankrap memang itulah implikasinya.

“Perkara ini sudah berlaku pada orang lain dan cumanya berbeza-beza orang sahaja,” katanya.

Sementara itu seorang lagi pengamal undang-undang, Dr Shamsher Singh Thind berkata Najib berisiko bukan hanya akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen (MP) tetapi hartanya juga boleh dilucut hak milik dan peguamnya mungkin terpaksa menarik diri untuk membelanya dalam kes-kes mahkamah yang sedang dihadapinya.

“Sekiranya, Najib menjadi bankrap, maka Najib akan hilang hakmilik ke atas harta benda, hilang kelayakan sebagai MP dan peguam Najib terpaksa menarik-diri kerana kontrak peguam dengan anak guam akan terbatal,” katanya.

Shamser juga tidak menolak usaha rayuan Najib kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT) dan Mahkamah Rayuan tidak akan berjaya mengubah keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi susulan notis bankrap yang dihadapinya.

“Rayuan kepada SCIT dan Mahkamah Rayuan akan menjadi sia-sia, dan Najib akan mengalami kesukaran untuk membela dirinya dalam kes-kes jenayah,” katanya lagi.

Terdahulu, Najib gagal untuk mendapatkan penangguhan berhubung keputusan mahkamah yang berkaitan dengan tuntutan cukai berkenaan.

Najib mengemukakan permohonan berkenaan atas alasan notis yang dikeluarkan LHDN bertarikh 4 Februari lalu adalah berniat jahat, menindas dan penyalahgunaan proses mahkamah.

Kerajaan, melalui LHDN, memfailkan notis kebankrapan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur terhadap Najib selaku penghutang.

Berdasarkan notis itu, Najib perlu membayar RM1.69 bilion dengan lima peratus kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 22 Julai 2020 (tarikh keputusan Mahkamah Tinggi) hingga 4 Februari 2021 iaitu RM45.9 juta serta kos RM15,000 dan setakat 4 Februari 2021, jumlah itu menjadi RM1,738,804,204.16.

Pada 22 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Najib perlu membayar tunggakan cukai tambahan LHDN bagi tempoh 2011 hingga 2017 berjumlah RM1.69 bilion selepas membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadapnya.

Untuk rekod, mengikut Seksyen 103 (2) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ITA), seseorang yang diperintahkan membayar taksiran itu perlu menjelaskan bayaran itu kepada LHDN walaupun rayuan difailkan.

Berita berkaitan
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Rosmah mohon representasi baharu gugur 17 pertuduhan kes mahkamah
December 13, 2023· Politik
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023· Isu semasa
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
UMNO Bangi tak pernah dijemput, tapi boleh pula Noraini ajak wakil DAP
May 17, 2021
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
14 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok