Ahli Parlimen PN kemuka usul minta AG jelas keputusan tarik pertuduhan terhadap Zahid

September 8, 2023 · Politik

Satu usul dikemukakan Ahli Parlimen (MP) Perikatan Nasional (PN) supaya Peguam Negara (AG) memberi penjelasan berhubung keputusan menarik balik pertuduhan rasuah terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Langkah mengemukakan usul tersebut bagi mendesak kerajaan campuran dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penjelasan langkah menggugurkan kes dihadapi Presiden UMNO itu yang mencetuskan kontroversi pada Isnin lalu.

MP Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal menghantar usul itu ke Parlimen bagi membolehkan isu tersebut dibahas di Dewan Rakyat.

Notis bagi usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 telah diserahkan pagi tadi, menurut salinan notis yang dikongsi ahli politik Bersatu itu di laman Facebooknya.

Usul itu menggesa sesi akan datang bermula Isnin minggu depan ditangguhkan bagi menuntut AG menjelaskan keputusan itu kepada Dewan Rakyat.

“Peguam negara perlu menyatakan perkara-perkara yang menjadi asas kepada penarikan balik 47 pertuduhan itu, memandangkan mahkamah sudah memutuskan terdapat kes prima facie dan timbalan perdana menteri telah diarah membela diri,” tulisnya dalam notis yang ditujukan kepada Speaker Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul.

Beliau berhujah bahawa usul itu adalah berkehendak disegerakan dan berkepentingan awam, dan oleh itu memenuhi kriteria untuk menggunakan Peraturan Mesyuarat 18.

Tegasnya lagi, kredibiliti Jabatan Peguam Negara (AGC) dan sistem kehakiman dipertaruhkan, dan tertuduh dalam kes ini adalah ahli parlimen serta anggota kanan pentadbiran persekutuan.

“Usul itu juga penting untuk memastikan tiada campur tangan kerajaan terutamanya dalam kepimpinan tertinggi negara; dalam kes berprofil tinggi yang melibatkan ahli politik, terutamanya anggota kanan kerajaan persekutuan Malaysia,” katanya.

Sidang parlimen enam hari akan datang pada masa ini dijadualkan untuk membentang dan membahaskan kajian semula separuh penggal bagi Rancangan Malaysia Ke-12.

Sebanyak 47 pertuduhan terhadap Zahid adalah atas dakwaan pecah amanah jenayah, rasuah, dan pengubahan wang haram berhubung dana Yayasan Akalbudi.

Pada Isnin, pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa ia menarik balik pertuduhan dan meminta kes itu diketepi tetapi tidak dibebaskan, yang dibenarkan oleh mahkamah.

Ia memberitahu mahkamah terdapat 10 atau 11 sebab penarikan balik itu, termasuk untuk membolehkan siasatan yang lebih komprehensif dan lengkap terhadap kes itu.

Di tengah-tengah tindak balas orang ramai, AGC berkata ia mempunyai alasan “yang kukuh” untuk menarik balik pertuduhan, tetapi Badan Peguam Malaysia berkata penjelasan AGC “tiada justifikasi yang sewajarnya”.

Keputusan AGC juga mencetuskan semula desakan agar peranan peguam negara dan pendakwa raya dipisahkan.

Berita berkaitan
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023· Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023· Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023 · Politik
Kerajaan guna isu 3R untuk elak dikritik dan bermotif politik: Dr Mahathir
September 27, 2023 · Politik
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
September 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
3 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok