Zahid saman Malaysiakini RM220 juta

March 26, 2021 · Isu semasa

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengemukakan saman fitnah bernilai RM220 juta terhadap Malaysiakini, yang didakwa menerbitkan beberapa artikel memberi gambaran salah mengenai perbicaraan kes rasuanya.

Tuntutan yang difailkan oleh Tetuan Shahrul Hamidi & Haziq dihantar dua hari lalu dan memetik 22 artikel yang diterbitkan oleh Malaysiakini, termasuk empat artikel Bernama, serta komen pembaca.

Saman itu menamakan Malaysiakini, ketua pengarang Steven Gan, dan seorang wartawan sebagai defendan.

Zahid kini berdepan 47 pertuduhan membabitkan 12 kes pecah amanah, lapan tuduhan rasuah, dan 27 tuduhan pengubahan wang haram.

Dalam tuntutan saman fitnah itu, pasukan undang-undang Zahid berpendapat bahawa beberapa artikel, termasuk yang ditulis oleh Bernama, telah salah melaporkan atau memberi gambaran yang salah mengenai prosiding mahkamah, dan menimbulkan gambaran negatif terhadap Presiden UMNO itu.

Selain menuntut ganti rugi, Zahid juga meminta perintah injuksi untuk melarang penerbitan artikel dan komen pembaca yang memfitnah.

 

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Popular
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok