Youtuber tarik tudung dua wanita Islam didakwa di mahkamah

July 6, 2022 · Isu semasa

Seorang lelaki yang didakwa menarik tudung yang dipakai dua wanita sebagai gurauan untuk kandungan ‘prank’ Youtubenya dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam setelah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata satu laporan polis dibuat susulan penyebaran video gurauan yang didakwa disiarkan lelaki berusia 24 tahun itu pada Isnin.

“Pada pukul 7.30 malam Isnin, polis menahan suspek bagi membantu siasatan.

“Dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil di Mahkamah Majistret semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang ramai dinasihatkan supaya tidak merakam dan menyebarkan video yang boleh mengganggu keharmonian dan mencetuskan sensitiviti orang ramai.

Terdahulu, seorang lelaki dikenali sebagai Nick menyiarkan video memohon maaf atas kandungan Youtubenya yang didakwa menunjukkan dia menarik tudung yang dipakai dua wanita.

Media melaporkan, berdasarkan maklumat yang diterima, Ashari berkata, video itu dibuat untuk mendapat perhatian di media sosial.

Katanya, polis belum menerima sebarang laporan daripada dua wanita yang terbabit dalam video berkenaan.

“Kami sedang mencari kedua-dua wanita itu untuk merekodkan keterangan mereka mengenai kejadian itu,” katanya.

Semalam (5 Julai) lelaki yang juga Youtuber dikenali Nick memohon maaf atas keterlanjurannya memuat naik video ‘prank’ tarik tudung dua wanita di saluran Youtubenya dengan mendakwa kononnya untuk melihat sama ada orang Melayu masih mempertahankan agama Islam.

Permohonan maaf itu dibuat menerusi video terbaru yang dimuat naik di Youtube, tidak lama selepas mencetuskan kontroversi.

Sekalipun sudah menjelaskan perkara sebenar, rata-rata netizen terus melemparkan kecaman terhadapnya dan menganggapnya kurang ajar kerana tidak menghormati wanita Muslimah.

Dalam video sama, dua wanita terbabit turut memohon maaf kepada semua yang tersinggung selepas menonton rakaman yang tular itu.

Menerusi video terdahulu, Nick menjelaskan video dimuat naik itu adalah eksperimen sosial dilakukannya untuk melihat sejauh mana reaksi netizen dan turut memberitahu dua wanita yang kononnya menjadi mangsa ‘prank’ adalah rakannya.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
13 jam lalu· Politik
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok