Wartawan dedah Jho Low kawal RM1.56 bilion dalam syarikat di British Virgin Islands

October 14, 2022 · Isu semasa

Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low didakwa menjalankan urusan perniagaan yang besar di China dengan pegangan bernilai RM1.56 bilion melalui syarikat di British Virgin Islands, lapor The Edge Market.

Menurut pendedahan program ‘Search for Jho Low’ yang disiarkan melalui saluran YouTube dibuat wartawan Amerika Syarikat, Tom Wright dan Bradley, syarikat itu dikesan memiliki pejabat di tingkat 28 bangunan ikonik, Pusat Kewangan Dunia Shanghai.

Siasatan terhadap struktur korporat syarikat itu menunjukkan Jho Low yang juga rakan banduan, Datuk Seri Najib Razak merupakan pemiliknya.

“Salah satunya Jinweijing Business Consulting dengan pejabat di tingkat 28 Pusat Kewangan Dunia Shanghai,” kata Wright.

Bradley berkata penemuan mereka bukan sahaja mendapati syarikat itu ditukar nama malah ditukar pemilikan.

“Baru-baru ini nama syarikat itu bertukar dari Jinweijing kepada Guiyue Business Consulting tapi ia juga ditukar pemilikan. Jho Low dan rakan kongsi perniagannya, Seet Li Lin mengeluarkan nama mereka. sekarang ia menunjukkan pemilikan bertukar kepada British Virgin Islands company dipanggil Grace Zenith Ltd,.

“Menurut dokumentasi yang ditemui di China, sumbangan modal pemilik baharu, Grace Zenith adalah RM1.56 bilion, ” katanya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Popular
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Benar ke Najib kontak rapat Covid-19, tapi kereta berderet depan rumah
December 7, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok