Wanita bersama teman lelaki buat jenaka hina Islam didakwa esok

July 12, 2022 · Isu semasa

Sepasang kekasih yang sebelum ini tular dalam video menghina agama Islam di sebuah kelab komedi akan didakwa di mahkamah esok.

Wanita tersebut, Siti Nuramira binti Abdullah bersama teman lelakinya berbangsa India, Alexander Navin A/L Vijayachandran sebelum ini sudah ditahan polis berhubung siasatan tingkah laku membuat lawak yang dilihat sengaja mencetuskan provokasi terhadap umat Islam di Malaysia.

“Kertas siasatan polis telah dirujuk kepada pejabat Peguam Negara pada Selasa, 12 Julai lalu dan mendapat arahan untuk menuduh penama Siti Nuramira binti Abdullah di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

“Manakala penama (teman lelakinya) Alexander Navin A/L Vijayachandran pula akan dituduh di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” kata Setiausaha Polis Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.

Nuramira atau dikenali sebagai Amy juga disambung reman selama satu hari lagi sehingga esok.

Media sebelum ini melaporkan wanita berusia 28 tahun itu ditahan kelmarin dan direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung video tular menghina Islam ketika persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.

Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
196 warga PDRM ditahan kerana dadah semasa 10 bulan pertama tahun ini: KPN
November 24, 2023· Isu semasa
Kritik kes mahkamah Zahid, seorang pemimpin Bersatu bakal didakwa pada Jumaat
November 24, 2023· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok