Wang BPR akan mula dikreditkan kepada orang ramai esok

September 26, 2021 · Isu semasa

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia Fasa 3 akan mula dikreditkan dalam akaun penerima pada esok, ia termasuk permohonan rayuan yang diluluskan.

Perkara tersebut diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berkata, bantuan melibatkan nilai RM2.82 bilion itu dijangka selesai dikreditkan ke dalam akaun penerima isi rumah dalam tempoh tiga hari sehingga 30 September ini.

Bagi Fasa 3 ini, setiap penerima bakal memperoleh sehingga RM1,400, manakala penerima bayaran rayuan BPR akan menerima sehingga RM2,300. Seramai 3.6 juta orang dijangka akan menerima manfaat BPR tersebut.

“Ini termasuk bayaran BPR tambahan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) bernilai sehingga RM500 bagi setiap penerima mengikut kategori kelayakan masing-masing iaitu berdasarkan status perkahwinan, jumlah pendapatan isi rumah dan bilangan anak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, pembayaran Fasa 3 itu adalah penyaluran penuh baki nilai yang sepatutnya diterima penerima BPR dan rayuan bagi meringankan beban mereka.

Beliau berkata, kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutama kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik Covid-19 sentiasa terbela.

Jelas beliau, antara lain, beberapa bantuan tunai seperti Bantuan Khas Covid-19 (BKC) dan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) diberikan kepada penerima yang layak dengan pembayaran bantuan itu dijadual disalurkan pada bulan depan hingga Disember tahun ini.

“Penerangan lanjut berhubung pembayaran BPR Fasa 3 ini akan diperincikan Kementerian Kewangan.

“Keluarga Malaysia boleh merujuk kepada soalan lazim (FAQ) di portal rasmi BPR iaitu https://bpr.hasil.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya.

Berita berkaitan
Bukit Aman siasat ugutan bunuh PM tular dalam TikTok
November 26, 2023· Politik
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023· Politik
Sebelum jadi PM semua nak reform, bila dah jadi PM lagi teruk: Dr Mahathir
November 13, 2023· Politik
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Popular
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Selamat tinggal dunia mak nyah, luahan Cikgu Erin
October 19, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
14 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
14 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
22 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
22 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
5 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok