Wan Ahmad Fayhsal kemuka usul tergempar KWSP di Dewan Rakyat

March 31, 2023 · Isu semasa

Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berharap ada sinar berhubung pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersasar.

Menurutnya beliau telah menghantar usul tergempar di Dewan Rakyat pagi tadi (31 Mac 2023) supaya Dewan Rakyat membincangkan pengeluaran KWSP bersasar kepada yang benar-benar memerlukan wang simpanan mereka.

“Alhamdulillah saya baru selesai menghantar Usul Tergempar berkenaan pengeluaran KWSP bersasar buat mereka yang benar-benar memerlukan pada jam 9.50 pagi tadi.

“Mengikut Peraturan Mesyuarat, Tuan Yang di-Pertua perlu terima usul ini secara bertulis sebelum jam 10 pagi, 24 jam sebelum ianya boleh dibangkitkan dan dibahas dalam dewan.

“Memandangkan soalan saya berkenaan hal ini tidak dapat dijawab oleh Menteri Kewangan semalam maka ada keperluan ianya disegerakan minggu hadapan kerana hari persidangan hanya berbaki dua hari lagi sebelum tamat sudah sesi Dewan Rakyat kali ini.

“Moga Tuan Yang di-Pertua menerima usul ini untuk dibahaskan memandangkan ianya adalah perkara yang amat mustahak melibatkan kepentingan awam,” katanya.

Dalam usul tergempar di bawah Perkara 18 (1) dan (2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat, Wah Ahmad Fayhsal yang juga Ketua Armada Bersatu Malaysia mencadangkan majlis mesyuarat ditangguhkan bagi merundingkan pengeluaran lanjut simpanan KWSP oleh pencarum bagi kegunaan segera dengan tujuan menampung pelbagai belanja yang mendesak.

Katanya usul itu adalah perkara tertentu bilamana ia terkait dengan dasar kerajaan melalui ucapan dan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk pencarum menjadikan nilai simpanan masing-masing sebagai cagaran untuk permohonan pinjaman bank.

“Perkara ini bersifat tertentu setelah mengetahui bahawa rakyat yang mencarum di dalam instrumen tersebut berkeperluan segera untuk menggunakan dana simpanan masing-masing.

“Usul ini berkehendakkan disegerakan memandangkan pelbagai lapisan rakyat telah menyatakan kehendak ini buat suatu tempoh yang mendesak dan bertambahnya jumlah kumpulan rakyat yang tidak dapat menampung belanja kehidupan pada waktu dan ketika ini.

“Usul ini juga turut melibatkan kepentingan ramai kerana terdapat pelbagai reaksi dan keluhan yang dapat disaksikan melalui media sosial dan ucapan rakyat umum,” katanya.

Pada masa sama, Wah Ahmad Fayhsal berkata telah tular seorang individu yang berjalan kaki dari Johor Bahru menuju Istana Negara bagi menyembahkan rayuan berkaitan pengeluaran caruman KWSP kepada Yang di-Pertuan Agong.

Berita berkaitan
Dikritik tolak usul skandal LCS, Speaker jawab kepada Syed Saddiq sebab ditolak
8 jam lalu· Politik
RUU rokok: Bung nak buka rahsia KJ
June 7, 2023· Isu semasa
Dewan Rakyat riuh bila sup tulang babi dicadang jadi makanan kebangsaan
June 7, 2023· Isu semasa
4 bulan tiada ketua audit negara, kerajaan beria mahu bahas LKAN 2021
June 6, 2023· Isu semasa
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
June 8, 2023
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
June 8, 2023
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kalimah Allah: Titah Sultan Selangor bermakna kerajaan belum rujuk Majlis Raja-Raja
4 jam lalu · Isu semasa
Undi pos bagi PRN 6 negeri dibuka 15 Jun ini : SPR
6 jam lalu · Isu semasa
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
7 jam lalu · Isu semasa
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
11 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
11 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
June 7, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok