Usir pendatang langgar SOP solat Aidiladha di Pulau Pinang: Hamzah

July 20, 2021 · Isu semasa

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengarahkan Jabatan Imigresen Malaysia mengusir mana-mana warga asing yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika menunaikan solat sunat Aidiladha di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, pagi tadi.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin memberi jaminan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati terlibat menganjurkan majlis tersebut.

Dalam kenyataannya petang ini beliau berkata pendatang asing yang terbabit dalam pelanggaran SOP itu boleh diusir mengikut Akta Imigresen 1958/63.

“KDN mengarahkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk tidak teragak-agak mengambil tindakan pengusiran di bawah Akta Imigresen 1958/63 sekiranya ianya membabitkan penglibatan warga asing,” katanya mengulas klip video di media sosial memaparkan ratusan individu dipercayai menunaikan solat sunat Aidiladha di Taman Pelangi, Juru, Pulau Pinang.

Video yang dikongsi ramai pihak itu menerima pelbagai reaksi selain turut mempersoalkan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan penguatkuasaan.

Pada masa sama Hamzah mengarahkan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain memberikan laporan serta penjelasan terperinci dengan segera berhubung penugasan anggota polis yang dipertanggungjawabkan untuk memantau pematuhan SOP di lapangan, terutamanya ketika sambutan Aidiladha tahun ini.

“Berikutan video yang telah ditularkan berkenaan pelanggaran SOP Solat Hari Raya Aidiladha di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang pagi tadi, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Ibu Pejabat Polis Kontigen (IPK) Pulau Pinang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah telah pun memulakan siasatan lanjut secara terperinci.

“Sementara siasatan dimuktamadkan, KDN menyeru orang awam untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama dan perkauman yang boleh mendatangkan ketidakteraman awam,” katanya.

Sementara itu, Mohd Shuhaily memohon maaf atas kegagalan pasukan itu mengesan perbuatan lebih 200 warga asing berkumpul secara beramai-ramai sebelum menunaikan solat sunat Aidiladha di luar perkarangan Surau Taman Pelangi dekat Juru, pagi tadi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati perbuatan itu berlaku secara spontan, selepas semua mereka tidak dibenarkan bersolat di dalam surau memandangkan jumlah jemaah dihadkan hanya kepada 100 orang.

Beliau berkata, sebelum kejadian pagi polis sudah melakukan rondaan awal di kawasan berkenaan, namun pengurusan surau didapati mematuhi SOP ditetapkan.

“Ada kemungkinan mereka (warga asing) berhimpun selepas rondaan selesai dan ketika polis menjalankan pemeriksaan terhadap surau dan masjid lain. Polis mohon maaf atas kegagalan mengesan perkara ini dengan lebih awal,” katanya.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok