Usaha dapatkan semula aset, wang 1MDB masih diteruskan: Azam

May 24, 2022 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) terus berusaha untuk mendapatkan semula aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB), termasuk di Amerika Syarikat (AS), Emiriah Arab Bersatu (UAE), Taiwan dan Singapura.

Menyifatkan tanggungjawab itu masih belum selesai, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata sepanjang tahun lalu agensi itu memperoleh sebanyak RM5.11 bilion.

Jumlah itu tidak termasuk RM14 bilion yang diperoleh pada 2020 daripada pelbagai pihak melalui kompaun dan penyelesaian termasuk penghantaran pulang hasil jenayah.

“Kerja ini belum selesai. Rakyat Malaysia mesti menuntut kerana terdapat akauntabiliti dalam setiap sen wang yang dilaburkan dalam 1MDB.

“Diharapkan orang ramai yang berada di dalam bilik ini turut menyertai seruan untuk menuntut pelaku jenayah ini perlu membayar atas segala tindakan jahat mereka,” katanya pada ucaptama Forum Anti Rasuah Malaysia kali ketiga di Putrajaya, hari ini.

Azam berkata sejak 2018, kerajaan mempergiat pelbagai usaha untuk memperoleh semula aset 1MDB termasuk melakukan pendakwaan terhadap beberapa individu.

Katanya, SPRM bekerjasama dengan beberapa badan antarabangsa dan agensi penguatkuasaan asing bagi mendapatkan semua dana yang diseleweng.

Beliau berkata, dalam banyak forum antarabangsa yang dihadiri, pengalaman Malaysia mengendalikan dan memulihkan sejumlah besar aset 1MDB secara berterusan mendapat pujian daripada pelbagai pihak.

“Ramai pegawai kami berkongsi pengalaman yang tidak ternilai ini di pelbagai peringkat antarabangsa,” katanya memetik laporan HM.

Pada November lalu, SPRM dalam kenyataannya memaklumkan, kerjasamanya dengan agensi penguat kuasa antarabangsa sudah mengembalikan lebih RM20.53 bilion aset 1MDB kepada kerajaan Malaysia.

Pada 12 Mei 2021, Kementerian Kewangan memaklumkan, kira-kira RM1.9 bilion (AS$452.36 juta) sudah didepositkan ke dalam Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dan wang berkenaan adalah sebahagian daripada dana 1MDB yang disita.

Sehingga kini, Akaun Amanah tersebut yang berada di bawah seliaan Jabatan Akauntan Negara menerima RM16.05 bilion dana berkaitan 1MDB yang disita serta dipulangkan.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok