Undang-undang antilompat, had jawatan PM dibentang sebelum Julai depan

November 25, 2021 · Isu semasa

Rang undang-undang (RUU) berhubung antilompat parti dan had tempoh Perdana Menteri kepada 10 tahun bakal dibentang kerajaan sebelum Julai tahun depan.

Undang-undang berkaitan dua isu tersebut memerlukan satu kajian terperinci dan perbincangan sesi libat urus yang teliti perlu dijalankan kerana ia tidak boleh dilaksanakan secara tergesa-gesa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

“Perkara ini perlu dikaji dengan lebih teliti terutamanya parameter, kandungan dan implikasi Akta ini.

“Perkara ini sedang dilaksanakan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) bersama Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Dalam pada itu, satu perjumpaan akan diadakan bersama Ketua Parti pada bulan Disember 2021 untuk mendapat pandangan berkaitan cadangan yang dikemukakan dan untuk memaklumkan pendirian kerajaan berkaitan undang-undang anti ompat parti,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata satu kajian soal selidik telah dibangunkan oleh BHEUU bagi mendapat pandangan dari Ahli-ahli Parlimen (MP) dan orang awam berkaitan perundangan lompat parti.

Soal selidik tersebut boleh dijawab oleh orang awam dan MP mulai 23 November 2021 sehingga 7 Disember 2022.

Katanya, dapatan dari kajian tersebut boleh membantu dalam mendapat pandangan orang ramai dan ahli Parlimen sendiri berkaitan isu lompat parti.

“Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik telah diberi taklimat pada 24 November 2021 oleh Peguam Negara berkaitan perkara ini, satu kerangka RUU telah disediakan tetapi masih terdapat banyak persoalan-persoalan dasar yang tidak dapat dijawab.

“Oleh itu, satu Jawatankuasa Teknikal akan ditubuhkan dengan keahlian tiga orang dari pembangkang dan tiga orang dari kerajaan bagi meneliti persoalan-persoalan ini dan kerangka tersebut adalah berstatus embargo,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) status terkini pelaksanaan Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik dan perkara-perkara yang dipersetujui antara Kerajaan dan Pakatan Harapan.

Wan Junaidi pada masa sama mengulangi pendirian kerajaan supaya perkara berkaitan dengan Undi18 dan pelaksaan pendaftaran pemilih automatik dilaksanakan sebelum 31 Disember 2021 berdasarkan keputusan Jemaah Menteri selaras dengan keputusan kes Mahkamah Kuching.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Dua anggota Kabinet baharu angkat sumpah Ahli Dewan Negara
December 12, 2023· Politik
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok