Umat Islam tidak boleh cepat mengalah, berputus asa: Muhyiddin

July 30, 2022 · Isu semasa

Umat Islam boleh mempelajari sejarah penghijran Nabi Muhamad SAW yang berlaku pada bulan Muharam sebagai satu pengajaran untuk memperbaiki diri dan tekad bagi memajukan diri, masyarakat dan negara.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ketika negara masih lagi dalam proses pemulihan setelah bergelut dengan pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu, sebagai rakyat, mereka boleh memainkan peranan masing-masing dengan sama-sama menyokong apa sahaja program pemulihan yang disyor dan dilaksanakan kerajaan.

“Saya faham cabaran ini tidak mudah lebih-lebih lagi dalam keadaan dunia sedang berhadapan dengan situasi ekonomi yang suram dengan cengkaman inflasi berlaku di setiap sudut kehidupan.

“Tetapi sebagai umat Islam, kita tidak boleh cepat mengalah dan berputus asa malah kita mesti menjiwai semangat dan sejarah penghijrahan Rasulullah SAW dalam mengembangkan ajaran Islam walaupun berhadapan dengan banyak rintangan,’’ katanya dalam perutusan sempena sambutan Maal Hijrah 1444 esok.

Sehubungan itu Muhyiddin yang juga mantan Perdana Menteri menyeru sempena kedatangan tahun baharu hijrah, umat Islam sama-sama memperbaharui tekad, memperteguh iltizam dan sentiasa berusaha memperbaiki diri dan amalan seharian.

‘’Saya berdoa semoga Allah terus mengurniakan kita kekuatan untuk berhadapan pelbagai cabaran hidup dan menjadikan kita insan yang beriman dan bertakwa di sisi Allah serta sentiasa beristiqamah melakukan kebaikan,” katanya. – Kredit artikel WartaRakyat

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok