Tujuh negeri catat peningkatan kes kematian, Selangor kekal tertinggi

September 22, 2021 · Isu semasa

Jumlah keseluruhan kematian akibat jangkitan Covid-19 sejak wabak itu menular di Malaysia awal tahun lalu bertambah kepada 24,078 kes setelah 334 lagi pesakit meninggal dunia dalam tempoh 24 jam semalam.

Angka terbaharu kematian yang direkodkan semalam lebih tinggi berbanding 301 kes yang dicatatkan pada Isnin, lapor Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman web COVIDNOW hari ini.

Mengikut statistik itu juga tujuh negeri merekodkan peningkatan jumlah kematian dengan Selangor mencatatkan 187 kes berbanding 130 kelmarin; Kuala Lumpur (18 semalam, 13 kelmarin); dan Sarawak (10 semalam, 8 kelmarin).

Kedah pula merekodkan lapan kematian semalam berbanding enam kelmarin; Pahang (7 semalam, 4 kelmarin); Terengganu (6 semalam, 4 kelmarin); dan Negeri Sembilan (5 semalam, 1 kelmarin).

Daripada jumlah kematian semalam, 84 kes membabitkan pesakit meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital atau brought in death (BID). Jumlah BID kini meningkat kepada 4,648 kes sejak awal tahun lalu.

Kes aktif

Statistik KKM juga menunjukkan setakat semalam 206,473 kes masih aktif, turun berbanding 207,698 yang dilaporkan pada Isnin dan 210,468 pada Ahad.

Daripada jumlah itu, 83.7 peratus atau 172,868 pesakit menjalani kuarantin di rumah – meningkat berbanding 172,648 kes pada Isnin.

Jumlah pesakit Covid-19 yang dirawat di PKRC pula turun kepada 21,890 pesakit atau 10.6 peratus semalam, berbanding 22,575 kes kelmarin.

Sementara itu, seramai 10,599 atau 5.1 peratus pesakit masih dirawat di hospital di seluruh negara, dengan 1,116 kes di unit rawatan rapi (ICU), termasuk 635 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Daripada jumlah pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital, Johor kekal merekodkan jumlah tertinggi dengan 2,005 pesakit; Selangor (1,412); Sabah (1,179); Sarawak (945); Kelantan (904); Perak (789); dan Pulau Pinang (684).

Seramai 663 pesakit pula dirawat di hospital seluruh Kedah; Pahang (484); Kuala Lumpur (465); Terengganu (349); Melaka (284); Negeri Sembilan (223); Perlis (151); Putrajaya (57); dan Labuan (5).

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)

Seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malam tadi, sehingga semalam 80 peratus daripada individu dewasa telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 masing-masing.

Manakala, 93.1 peratus atau 22,097,565 individu lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan.

Secara keseluruhan sejak PICK dilancarkan Februari lalu sehingga semalam, 40,664,674 dos vaksin Covid-19 telah diberikan. Semalam sahaja sebanyak 289,618 dos diberikan membabitkan 94,145 penerima dos pertama dan 195,473 lagi melengkapkan suntikan masing-masing.

Mengenai vaksin yang diberikan, statistik COVIDNOW juga menunjukkan sehingga 20 September lalu, 46.4 peratus adalah jenis Pfizer, Sinovac (45.4 peratus); AstraZeneca (8.0 peratus); dan Cansino (0.2 peratus).

Berita berkaitan
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Popular
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
September 26, 2023
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
16 jam lalu · Isu semasa
Bunuh teman wanita: Bekas pemandu bas terlepas hukuman gantung, dipenjara 40 tahun
16 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
16 jam lalu · Isu semasa
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
22 jam lalu · Isu semasa
Permohonan lelaki bunuh kekasih hamil dirujuk psikiatri ditolak mahkamah
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
15 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok