Tuan Ibrahim sokong cadangan Speaker tetapkan tarikh PRU secara automatik

September 29, 2022 · Isu semasa

Pandangan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berhubung penetapan tarikh pilihan raya umum (PRU) secara automatik juga mendapat sokongan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim menyifatkan cadangan yang diutarakan Speaker tersebut secara peribadi dipersetujuinya kerana dapat mengelakkan orang ramai ternanti-nanti menunggun tarikh PRU dan pada masa sama dapat mengembalikan keyakinan pelabur.

“Saya secara peribadi sangat setuju tempoh pilihan raya umum satu penggal perlu diketahui oleh semua parti politik. Tahu bila Parlimen perlu dibubar (iaitu) sampai tempoh yang habis tempoh atau habis penggal.

“Walaupun ia menjadi hak kepada Perdana Menteri dan Kabinet untuk menentukan bila tarikh PRU dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong, tetapi jika sekiranya dalam keadaan yang kita samar-samar, pihak pelabur (mahu membuat pelaburan) dan sebagainya ia akan mengambil kira faktor itu.

“Ini pandangan peribadi saya iaitu bersetuju tempoh yang jelas bila PRU akan datang diadakan itu sangat penting,” katanya dipetik laporan BH.

Tuan Ibrahim terdahulu menghadiri Taklimat Kesiapsiagaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Dalam Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2022/2023 di Pejabat Lembangan Sungai Klang (PLSK) Kolam Takungan Batu hari ini.

Azhar semalam berkata penetapan tarikh PRU selepas genap mandat sesebuah kerajaan adalah lebih praktikal sekiranya mahu dilaksanakan di negara ini.

Azhar dilaporkan berkata, ini kerana sistem itu yang sudah digunapakai berdekad lamanya di Amerika Syarikat (AS), Australia, Norway dan Hong Kong akan membantu dalam memudahkan urusan berkaitan perjalanan pilihan raya negara, selain menjimatkan.

Sementara itu, beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata, parti itu masih berpegang teguh kepada gagasan penyatuan ummah dan terbuka untuk mengadakan rundingan dan perbincangan, termasuk dengan Barisan Nasional (BN).

Katanya, pada ketika ini ummah perlu disatukan memandangkan terlalu banyak parti kecil.

“Apabila terlalu banyak parti kecil, maka akhirnya fokus akan hilang. Kita lebih suka sekiranya gabungan parti dapat duduk, berbincang bersama dan melihat hala tuju negara dan perkara itu lebih baik.

“Kita sentiasa terbuka, bukan saja dengan muafakat dalam Perikatan Nasional (PN), malah dengan BN,” katanya mengulas mengenai dakwaan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berjumpa dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi menghidupkan kembali MN.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
PAS bidas propaganda Kit Siang main isu PM bukan Melayu
December 11, 2023· Rencana
Popular
Doktor sertai mogok umum tak beretika, moral rendah
July 26, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok