Tren menyusut, ringgit dibuka pada paras RM4.78 berbanding dolar

October 25, 2023 · Isu semasa

Nilai ringgit rendah sedikit berbanding dolar AS pagi ini disebabkan kekurangan permintaan untuk mata wang tempatan selepas data pengeluaran perniagaan AS bulan Oktober menunjukkan peningkatan.

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Global S&P mengukuh kepada 50 pada Okt 2023, naik berbanding 49.8 pada September, lapor Bernama.

Pada 9 pagi, ringgit menyusut nilai kepada 4.7850/7910 berbanding dolar AS daripada penutupan Selasa pada 4.7825/7865.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dolar AS turut mengukuh hari ini, dipengaruhi oleh prestasi lebih tinggi Indeks Dolar AS (DXY) selepas meningkat 0.7 peratus kepada 106.27 mata.

Bagaimanapun, beliau menyatakan kebimbangan mengenai ketegangan geopolitik di Timur Tengah walaupun banyak bantuan kemanusiaan telah disalurkan.

“Kebimbangan sama ada konflik boleh meningkat akan terus menjejaskan sentimen pasaran dan bagaimana ia boleh memberi kesan kepada harga minyak mentah yang boleh menyebabkan inflasi selanjutnya,” katanya kepada Bernama.

Justeru, gandingan mata wang USD/MYR boleh kekal dalam julat ketat selepas mencatatkan peningkatan kepada RM4.7825 semalam.

Pada awal dagangan, ringgit mengukuh berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menambah nilai berbanding euro kepada 5.0688/0751 daripada 5.0881/0924, meningkat berbanding pound Britain menjadi 5.8210/8283 daripada 5.8557/8606 semalam, dan lebih tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.1923/1966 daripada 3.1960/1989 sebelumnya.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang Asia yang lain.

Nilai ringgit menyusut berbanding rupiah Indonesia kepada 301.8/302.4 daripada 301.7/302.1, turun berbanding peso Filipina menjadi 8.43/8.45 daripada 8.42/8.43 dan lemah berbanding baht Thai kepada 13.2460/2678 daripada 13.2186/2352 sebelumnya.

Namun begitu, ringgit lebih tinggi berbanding dolar Singapura pada 3.4999/5045 daripada 3.5003/5035 semalam.

Berita berkaitan
Ringgit kembali susut berbanding dolar, dibuka paras RM4.68
November 23, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.72 berbanding dolar, kembali menyusut
November 10, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.72 untuk seminggu ini, kekal rendah lagi
November 4, 2023· Isu semasa
Walaupun ringgit jatuh, Anwar kata ekonomi negara masih berdaya saing
November 2, 2023· Isu semasa
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
5 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
1 jam lalu
[VIDEO] Belanjawan 2024 paling pantas diluluskan DUN Kedah, kata Sanusi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok