TLDM rancang miliki kapal misi pesisir baharu ganti aset usang

March 28, 2022 · Isu semasa

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) merancang untuk membuat perolehan kelompok kedua Kapal Misi Pesisir (LMS) tahun ini, tatkala projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS), masih dalam persoalan.

Sebelum ini, empat unit kelompok pertama LMS TLDM iaitu Kapal Diraja (KD) Sundang ditauliah pada 5 Mac 2021, KD Badik (20 Oktober 2021), KD Keris (15 April 2019) dan KD Rencong (28 Januari 2022).

Memetik Bernama Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany perolehan kelompok kedua LMS dirancang bagi menggantikan aset-aset TLDM sedia ada yang telah usang.

Menurutnya peruntukan bagi perolehan aset itu sedang diusahakan TLDM dan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussien.

Beliau berkata TLDM merancang membuat perolehan sekurang-kurangnya tiga lagi LMS tahun ini sebagai tambahan kepada empat unit LMS yang telah diterima TLDM ketika perolehan kelompok pertama kapal berkenaan sebelum ini.

“Setakat ini, di peringkat TLDM kami telah buka kertas cadangan (proposal) kepada beberapa negara antaranya China, Belanda dan Turki dan kami telah menyenarai pendek beberapa cadangan.

“Apabila TLDM telah dapat bajet barulah kami akan memilih syarikat mana yang berjaya membina LMS berkenaan,” katanya ketika ditemui di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2022, di ibu negara, hari ini.

Mengenai LCS, Mohd Reza berharap kerajaan dapat membuat keputusan dalam tempoh terdekat sama ada ingin meneruskan projek bersama syarikat Boustead atau sebaliknya.

“LCS sebagai mana kita tahu, syarikat Boustead terdapat sedikit masalah dan TLDM mengharapkan agar kerajaan dapat buat keputusan tahun ini. TLDM berpendapat projek ini (LCS) harus diteruskan kerana ia telah lama,” katanya.

Pada awal Januari lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan dua Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat yang terbabit dalam kontrak perolehan enam kapal LCS.

Kedua-dua mereka ditahan kerana disyaki melakukan penyelewengan dan menerima rasuah menerusi pembayaran yang dibuat kepada tiga syarikat di luar negara.

Sementara itu, Mohd Reza berkata TLDM juga dijangka menerima dua Helikopter Operasi Maritim AW139 April depan dan sebuah lagi September ini.

“Tiga jenis helikopter ini akan berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah dan untuk perolehan seterusnya kami sedang buat di tahun-tahun berikutnya,” katanya.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Kumpulan pemerhati rasuah gesa dedah perjanjian tambahan LCS
October 11, 2023· Isu semasa
Selepas pendedahan PAC, MINDEF nafi AGC tak dilibatkan dalam perjanjian LCS
October 10, 2023· Isu semasa
Program PLKN dihidupkan semula, kata Menteri Pertahanan
October 9, 2023· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok