Tips selamatkan kucing ketika banjir

January 5, 2022 · Isu semasa

Banjir  yang melanda negara ketika ini bukan sahaja memusnahkan harta benda serta mencabar kecekalan mental orang ramai, malah haiwan turut tidak terkecuali menjadi mangsa bagi bencana itu.

Baru-baru ini, tular mengenai gambar beberapa kucing ditemui mati akibat bencana itu di dalam sebuah rumah di Hulu Langat, Selangor.

Menerusi perkongsian seorang pengguna laman Twitter, beliau berkongsi gambar-gambar haiwan yang diterima daripada Pegawai daerah Hulu Langat.

Gambar-gambar berkenaan memaparkan haiwan itu yang tidak dapat diselamatkan turut diselaputi lumpur di lantai rumah terbabit, selain ada yang berpaut pada papan kayu dipercayai cuba menyelamatkan diri daripada lemas.

Sementara itu, Presiden Kelab Kucing Malaysia (KKM) Khalid Rashid atau mesra dengan panggilan Pak Khalid berkongsi panduan kepada pemilik kucing sekiranya berdepan dengan bencana banjir.

“Langkah pertama yang pemilik kucing perlu lakukan jika berlaku bencana banjir ialah lepaskan kucing yang berada dalam kurungan semasa keadaan air naik atau masa kecemasan. Hal ini kerana kucing sebenarnya pandai  menyelamatkan diri mereka dengan memanjat di tempat yang tinggi.

“Jika perlu, letakkan kandang atau sangkar kucing di tempat yang tinggi jika keadaan hujan kian berterusan,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai  selalu mengikuti perkembangan cuaca untuk mengetahui maklumat cuaca terkini. Ini penting supaya pemiliki kucing dapat bersedia lebih awal.

Jika pemilik kucing tiada di rumah ketika hujan lebat, Khalid menasihatkan mereka untuk memastikan  ada sesiapa di rumah atau ingat untuk pesan kepada jiran anda agar membantu untuk melepaskan kucing jika keadaan air naik sekiranya anda tiada di rumah.

“Selain itu, sediakan beg dan sangkar kecil supaya memudahkan kita angkut dan menyelamatkan kucing-kucing tersebut apabila banjir.

“Nasihat saya janganlah membela kucing terlalu banyak. Anda dinasihatkan untuk neuter atau kembirikan kucing anda dan anda digalakkan juga memberi anak kucing yang baru dilahirkan kepada orang lain (kucing angkat).

“Pemilik kucing juga perlu menyimpan segala makanan, ubatan, dan kad  kesihatan  vaksin kucing-kucing di satu tempat yang senang dilihat serta dicapai dan sebaiknya bungkus dengan plastik. Hal ini adalah supaya mengelakkan kad kesihatan tersebut basah jika terkena air,” ujarnya.

Dalam pada itu, Khalid juga berpendapat supaya pemilik kucing tidak meninggalkan rumah untuk pergi bercuti sekiranya kawasan kediaman mereka berpotensi mengalami banjir.

“Anda juga boleh menumpulkan kucing-kucing di satu tempat supaya mudah untuk dipindahkan jika banjir.  Kalau kucing banyak, bersedialah maklumkan lokasi waris , rakan atau penyelamat haiwan peliharaan supaya kucing boleh dihantar awal ke tempat selamat, “ katanya.

Jika kucing anda dapat diselamatkan, Khalid menyarankan pemilik untuk  mendapatkan persetujuan daripada penempatan atau orang perseorangan untuk menempatkan sementara kucing-kucing.

Selain itu, sentiasa sediakan makanan dan minuman bersih untuk kucing. Ini kerana kucing mudah terkena penyakit.

“Akhir sekali cuba buat yang  terbaik untuk kucing anda. Anggaplah mereka macam keluarga kita. Jangan berikan alasan anda kelam-kabut dan tak perasan kewujudan mereka hingga kucing-kucing anda mati dalam sangkar atas sebab tak dapat menyelamatkan diri kerana kecuaian anda.Sama-samalah kita cuba lakukan yang terbaik,” ujarnya.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Kilang pemasangan Porsche pertama Malaysia dilancar di Kedah
March 28, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok