Tiada pilih kasih kompaun terhadap parti politik: Polis Melaka

November 2, 2021 · Isu semasa

Tiada unsur dua darjat berkaitan kompaun yang dikenakan ke atas tiga individu dan seorang penganjur program sebuah parti politik baru-baru ini, kata Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali.

Abdul Majid berkata tindakan tersebut diambil di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang boleh menyebabkan orang ramai berkumpul.

“Malah pihak polis telah memberi nasihat kepada penganjur program (parti politik) itu agar tidak meneruskan program tersebut yang boleh menyebabkan perkumpulan orang ramai, sekali gus menyebabkan tiada penjarakan fizikal dan ia berkaitan pilihan raya,” katanya lapor Bernama.

Beliau terdahulu mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka hari ini.

Terdahulu, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang mendakwa pihak berkuasa mengamalkan dua darjat selepas mengenakan kompaun RM10,000 kepada sebuah parti politik walaupun parti itu mengadakan ceramah tanpa kehadiran orang ramai secara fizikal di sana Sabtu lepas.

Mengulas lanjut, Abdul Majid berkata kompaun yang dikeluarkan di bawah Akta 342 itu juga tidak merujuk kepada parti tetapi individu yang tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“(Kita) dimanipulasi seolah-olah kita (polis) keluarkan kompaun ini terhadap parti. Kita tidak pernah keluarkan kompaun ke atas mana-mana parti, yang kita keluarkan adalah ke atas individu yang melanggar peraturan. Jadi, orang ramai kena faham ini dan jangan kaitkan penguatkuasaan dengan parti,” katanya.

Ditanya mengenai sebuah parti politik yang berceramah menggunakan lori diubah suai, Abdul Majid berkata program itu secara jelas melanggar peraturan sekali gus kompaun sebanyak RM10,000 dikenakan ke atas penganjur.

“Dakwaan yang mengatakan tiada penonton dan pelanggaran SOP pada program tersebut juga adalah tidak benar. Kita ada bukti melalui rakaman video dan gambar dari anggota di lapangan dan selepas siasatan, baharulah tindakan diambil.

“Oleh itu saya meminta mana-mana individu yang sangsi dengan tindakan tersebut, datang berbincang. Kita akan jelaskan tindakan yang diambil dan jika tidak berpuas hati, boleh kemukakan rayuan kepada Kementerian Kesihatan (KKM). Jangan kelirukan rakyat melalui media sosial,” katanya.

Menurutnya lagi, secara keseluruhan sejumlah RM18,000 kompaun dikeluarkan manakala enam kertas siasatan dibuka sejak 24 Okt lepas kepada individu yang melanggar Akta 342 dan akan dirujuk kepada pejabat pendakwaan negeri dalam masa terdekat bagi tindakan seterusnya.

Sementara itu, Abdul Majid menjelaskan kelulusan untuk mendapatkan permit mengadakan ceramah dan kempen pilihan raya adalah berdasarkan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Kita tengah tunggu prosedur operasi standard (SOP) dari SPR dan seperti mana yang kita tahu, semua ceramah dalam tempoh berkempen (sebelum ini) perlu mendapat permit,” katanya.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Popular
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Betul adalah betul, salah adalah salah, kata anak perempuan Rosmah dengan bekas suami lama
September 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok